29 Oktober 2009

Hari raya di Damascus

Beraya di Kedutaan Besar Malaysia Syria.

Hasnaa Fathinah bersama Pak Su


Bersama Abg Azmil Mustafa


Kawan-kawan datang ziarah ke rumah.


Beraya di rumah Villa Al Bouty

25 Oktober 2009

Apa nak jadi..

Selepas selesai solat Isyak tadi di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang aku dijemput oleh seorang lelaki untuk menjadi pemerhati kepada perjalanan Mesyuarat Agung kali ke 10 Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda. Sahabat yang mengajak aku itu tidak lah aku kenali sangat siapa dia, namun yang pasti aku selalu tengok dia solat jemaah di masjid.
Tanpa banyak tanya dan demi rasa hati ingin mengenali masyarakat di sekitar kampong Raja Uda ini, aku menebalkan muka mengikuti perjalanan Mesyuarat Agung itu tanpa aku mengenali sesiapa pun di dalam masjid itu. Dan demi mencari kenalan, aku menegur seorang pakcik yang aku kira dia adalah salah seorang ahli qariyah Kampung Raja Uda. Berbeza dengan kebanyakkan hadirin aku nampak pakcik ini bersemangat sekali dengan pen dan kertas disiapkan lebih awal oleh beliau. Walaupun lampiran minit menyuarat yang disediakan ahli jawatankuasa masjid itu kurang memuaskan hatinya namun dia tetap membacanya satu persatu. Sememangnya orang tua yang berumur atas 60 an memerlukan catatan dan tulisan yang besar dan jelas untuk dibaca.
Aku dimaklumkan juga kehadiran ahli qaryah Kampung Raja Uda bagi mengikuti mesyuarat pada kali ini sangat memuaskan. Melibihi 40 orang yang menjadi syarat utama dalam perlembagaan masjid sebagai penyukup jumlah ahli bagi sesuatu mesyuarat agung seperti yang termaktub dalam perlebagaan. Berbading mesyuarat yang diadakan sebelum ini, hanya beberapa kerat sahaja yang datang. Nazir lama memaklumkan kehadiran para jemaah yang ramai pada kali kerana ada sesuatu perkara penting yang akan disampaikan oleh pihak bawahan kepada pihak atasan jawatankuasa masjid.
Setengah jam berlalu tanpa sebarang masaalah dan gangguan. Majlis berjalan lancar dibawah kelolaan nazir masjid En. Rashid sambil dibantu oleh setiausahanya En. Latif, namun masuk ke minit 40 perjalanan mesyuarat agong Nampak tegang bila mana setiausaha cuba mempertikaikan kelulusan minit mesyuarat agung lalu kali ke 9 bagi nya kerana tidak memenuhi garis panduan perlembagaan penubuhan masjid Kampung Raja Uda yang menetapkan setiap mesyuarat agung yang akan dilaksanakan hendaklah dihadiri oleh ahli qaryah sekurang-kurangnya 40 orang atau seperempat dari keseluruhan ahli qaryah. Natijah dari tindakan En. Latif itu menyebabkan beliau di “boo” oleh hadirin dan terdengar suara yang mempertikaikan tindakan En. Latif yang terlalu emosional dalam melaksanakan perlembagaan.
“kat sini mana boleh buat macam di mahkamah, ni masjid, kalau nak ikut perlembagaan betul-betul masuk mahkamah la, tau la dia (En. Latif) peguam tapi tak boleh buat macam di mahkamah” kata seorang pakcik di tepi aku.
Bermula dari situ keadaan bertambah tegang dan ramai ahli yang hadir menunjukkan rasa tak puas hati dengan jawapan dan respon yang ditunjukkan En. Latif. Ada yang setengahnya mengambil keputusan meninggalkan majlis. Namun ramai yang masih tetap mengikuti mesyuarat.
Dalam suasana kecoh dan kelam kabut itu, En. Rashid selaku nazir jawatankuasa masjid cuba memainkan peranan bagi meredakan kekecohan yang berlaku namun ramai hadirin yang tidak mengambil endah dengan apa yang cuba dilontarkan oleh nazir.
Satu jam berlalu, dan dari hujung corong speaker masjid terdengar suara En. Shamsudin membuat komentar terhadap apa yang berlaku serta pandangan tentang peribadi En. Rashid dan En. Latif. Dengan lantang dan berani beliau mengumumkan kepada hadirin tentang suara yang dipungut beliau dari kebanyakkan ahli jemaah qaryah Kampung Raja Uda.
“berdasarkan apa yang kita lihat pada malam ini dan juga merujuk kepada sikap nazir baru kita (merujuk kepada En. Rashid) dan juga sikap yang di tunjukkan oleh setiausaha jawatankuasa masjid Kampung Raja Uda En. Latif dan dengan sepakat saya mewakili seluruh ahli qaryah Kampung Raja Uda meminta agar En. Rashid selaku nazir jawatankuasa masjid ini mengadakan mesyuarat agung khas bagi menggantikan jawatan nazir dan setiausahanya En. Latif kerana ketidak mampuan mereka menguruskan hal ehwal masjid ini dan jika En. Rashid enggan berbuat demikian, kami ahli qaryah akan menulis surat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar melucutkan jawatan mereka berdua ini” lantang suara En. Shamsudin yang menyatakan hasrat ahli jemaah qaryah masjid Kampung Raja Uda.
Selesai kata-kata dari En. Shamsudin aku lihat En. Rashid terpingga-pingga dan terkejut dengan tindakan drastic En. Shamsudin itu. Dan aku tengok sebahagian jemaah juga terkejut dengan perkara itu. Ada yang berasa hairan dengan sikap En. Syamsudin menyerang kawan rapatnya En. Rashid di dalam majlis besar itu.
Aku juga mendapat tahu bahawa dahulunya En. Rashid dan En. Syamsudin adalah sahabat karib terutamanya di dalam urusan perniagaan, En. Rashid menguruskan bot penambang di jeti berdekatan Port Klang dan En. Syamsudin pula menguruskan pusat permainan bowling di pekan Klang.
Dari cakap orang yang aku dengar, bermula perbalahan ini bila mana En. Rashid selaku nazir baru masjid Kampung Raja Uda ini mengumumkan bahawa akaun masjid dibawah pentadbiran nazir lama En. Syamsudin tidak diserahkan kepada beliau dan pengumuman itu di buat di hadapan orang ramai sebelum solat sunat Aidil Fitri dilaksanakan di masjid itu baru-baru ini dan berkemungkinan dari situlah timbulnya demdam dan iri hati En. Syamsudin terhadap En. Rashid, perkara itu seakan menuduh beliau ingin menyembunyikan sesuatu dan juga menyembunyikan penyelewengan kewangan masjid dari pengetahuan umum.
En. Syamsudin meneruskan lagi suara ahli jemaah meminta penjelasan tentang pergantian imam rasmi ketika solat Maghrib sebulan lalu dengan Timbalan nazir sedangkan imam rasmi ada di masjid ketika itu, tetapi En. Rashid memberi jawapan lain dari soalan yang dikemukan menyebabkan ahli jemaah tidak berpuas hati dan keadaan menjadi kecoh seketika dengan jeritan dan pekikan jemaah yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, bagi jemaah jawapan En. Rashid hanya ingin mengalihkan pandangan jemaah dari isu utama.
Meneruskan persoalan terakhir, En. Rashid memanjangkan persoalan tentang mengapa tabung kutipan untuk membina masjid baru ditutup dan dihalang dari menerima bantuan dari orang ramai, sedangkan ianya hanyalah sebuah tabung bagi mengutip dan menampung perbelanjaan binaan masjid baru yang terletak tidak jauh dari masjid utama Kampung Raja Uda.
Jawapan yang diberikan En. Rashid seakan acoh tak acoh sahaja, hasilnya jemaah mempermainkan jawapan beliau sekali lagi dan sebahagiannya meminta agar En. Rashid berhenti sahaja dari bercakap. Seterusnya En. Syamsudin yang semakin mendapat perhatian jemaah meminta pandangan dari wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Ustaz Fared berkenaan persoalan yang ditimbulkan, namum Ustaz Fared lebih banyak berdiam diri dari memberi sebarang komen, dan hanya sekadar memberi jawapan bahwa segala persoalan ini akan dirujuk ke pihak atasan. Dan akhirnya ramai para jemaah berpuas hati.
Dan akhirnya majlis bersurai tanpa penutup majlis secara rasmi. Aku lihat orang ramai bangun meninggalkan majlis begitu sahaja setelah En. Syamsudin mengumumkan majlis ditangguhkan dengan serta merta. Terdengar juga suara En. Rashid mempertikai tindakan En. Syamsudin dengan soalan “siapa sebenarnya pengerusi majlis dalam mesyuarat ini?” namum jemaah tidak meghiraukan kata-katanya.
Dari peristiwa yang berlaku ini, aku membuat rumusan tentang peribadi En. Syamsudin dan En. Latif, pada apa yang aku lihat mereka ini kurang cekap dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran, En. Latif dengan sikap emosional nya dan En. Rashid dengan sikap tidak mahu menjawap persoalan yang ditimbulkan oleh para jemaah. Ini semua menyebabkan jemaah merasakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh En. Rashid dari pengetahuan umum.
Juga pada perjalanan majlis ini juga, aku lihat seakan pincang bila mana tiada pengerusi tetap yang dilantik yang berperanan menjadi orang tengah dan sebagai seorang pengawal keadaan ketika mana berlaku sesuatu perbalahan diantara pihak bawahan dan atasan.
Juga kekurangan pada ketiadaan setiausaha sidang yang berperanan mencatat segala minit mensyuarat yang berlansung sepanjang mesyuarat itu. Dari sumber yang aku perolehi bahwa pencatat minit mesyuarat adalah setiausaha dan nazir sendiri, dan jika mereka enggan memasukkan apa-apa cadangan dan komentar maka ia terpulang kepada budi bicara mereka.
Wallahu a’lam bis sowab.