31 Disember 2009

PERMATA HATIKU


HASNAA FATHINAH BINTI NOR ASHAN
MOHD MUAZ BIN NOR ASHAN








25 Disember 2009

Kisah musim sejuk 2009

Khamis 19.2.2009 : seperti kebiasaanya aku bawa keluarga ku bersiar-siar di bandar Damasyik, tiada tempat menarik bagi ku kecuali aku bawa mereka bersiar-siar di Syari' Hamra kerana di situ ada dataran untuk anak ku Hasnaa berlari-lari di situ, di samping pokok-pokok yang banyak di situ dapat memberi udara nyaman bagi aku dan keluarga.
Di Sahah Arnus ini aku dapat rasa tenang dan bebas sambil melihat gelagat manusia di sekeliling sambil makan kek dan halabiyah yang aku beli dari kedai kek Leewan. sedap jugak kek tu.
Setelah selesai solat maghrib dekat jami di Sahah Arnus, aku dan keluarga berjalan pulang. Dalam perjalanan isteri aku cadangkan untuk makan malam di restoran Pizza A&M, memang tempat ni selalu aku kunjung, semasa mak aku kat sini, tempat ini lah yang selalu aku bawa bila dah boring duduk kat rumah.
Dari Sahah Arnus kami berjalan kaki melalui Maliyah terus ke Sahah Shahbandar dan melalui jalan Jami Kuwaity. Setelah 20 minit, kami sampai di tempat yang di tuju - Pizza A&M, tapi meja kebanyakkanya penuh, yang ada hanya satu meja terbentang di tengah-tengah ruang restoran, malas aku nak makan sambil orang sekeliling perati, aku ambil keputusan lepak dulu di Hadiqah Sahah Meisat. lepas 30 minit lepak di situ. aku bergerak semula ke Pizza A&M, Alhamdulillah ada meja kosong.
Setelah selesai makan aku pesan Cappucino sebagai penamat makan malam kat situ, sedang sedap menikmati Cappucino tetiba Hasnaa anak sulung aku muntah, segala yang isteri aku suap tadi habis keluar, baju cantik yang aku sarungkan sebelum turun tadi habis comot dan kotor, aku tengok Hasnaa lemah dan mata layu. Panik juga aku, mana tak nya, tengah orang ramai dalam restoran tu, semua memandang ke arah kami, aku cuba tenangkan hati, aku paksa otak aku bekerja keras apa yang patut aku lakukan sekarang. Sambil tenangkan hati, aku cuba susun apa yang patut aku lakukan terlebih dahulu. Aku minta beg plastik dari pelayan kemudian aku bawa Hasnaa ke tandas dan aku salin baju dia. Dan aku biar kan dia tanpa jaket, tapi baju tetap tebal. Alhamdulillah berjalan lancar.
Setelah selesai minum kopi, aku terus berjalan balik ke rumah melalui Abu Nur, dalam perjalanan terkadang Hasnaa menangis, mungkin kurang selesa dengan keadaan semasa, mungkin sejuk atau mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia selalu merengek. Aku pun tak tau apa yang sebenarnya yang Hasnaa nak. Segala kehendaknya aku turutkan berdasarkan andaian semata.
Sampai sahaja di rumah Hasnaa tetap dengan keadaan tadi, riak ceria di wajahnya yang selalu ku tatap sebelum ini masih belum terzahir di mukanya. Aku masih meneka apakah puncanya Hasnaa berlaku sedimikian. Bila tiba jam 1 pagi Hasnaa terjaga dan menangis sekuat hati, sayu aku melihat keadaannya. Setelah aku belai dan aku pujuk diam dia seketika sehinggalah jam 4 pagi baru Hasnaa tidur dengan nyenyak. Aku masih meneka apakah punca Hasnaa berfeel begitu. Sepanjag setahun 4 bulan belum pernah Hasnaa macam ni.
Jam 5 pagi kedengaran azan subuh medayu-dayu dari Jami Bouty, aku bingkas bangun dan sambil mengusap kepala Hasnaa yang nyenyak tidur. Seribu satu persoalan timbul dalam benak ku mencari jawapan pasti kepada punca sebenar masaalah yang menimpa Hasnaa. Bila siang menjelama aku tengok Hasnaa tetap masih layu dan longlai tak bermaya. Ceria di wajahnya tetap belum menjelma, terkadang dia tersenyum dan ingin ketawa tetapi tawanya sumbang tidak seperti biasa, aku dapat rasakan senyuman nya itu seakan-akan dipaksa hanya untuk menenangkan hatiku yang resah memikir tentang Hasnaa.