08 Ogos 2009

Catatan Julai 2009

6 Julai 2009 – aku ikuti kejohanan bola sepak piala duta anjuran persatuan pelajar Malaysia Syria bertempat di padang kelab Barada, Mazraa. Ramai juga penyertaan dari pelajar-pelajar Malaysia di Syria yang menyertai kejohanan ini.
Dan kali ini kejohanan bola sepak diadakan berlainan dengan kejohanan sebelum ini, kebiasaannya diadakan di waktu siang dan kali ini kejohanan bermula jam 9 malam dan berakhir pada jam 5 pagi, elok juga bila ditetapkan begini, lagi pun waktu malam disini jarang orang tidur disebabkan panas, dan jika dibuat waktu siang pasti lepas kejohanan muka akan terbakar dek panahan mentari yang tak mengenali sesiapa.


Kejohanan bola sepak Piala Duta



Aku hadir hanya sekadar untuk mengenali pelajar-pelajar baru yang datang kesini dan bukan sebagai mewakili mana-mana team. Kalau diajak bermain pun aku rasa aku ni dah tak larat. Mungkin akan menyebabkan team yang aku sertai akan menerima kekalahan.
Hadaf aku tercapai bila ramai juga pelajar yang aku tak kenali sebelum ini aku sempat bertanya tentang mereka di acara ini.
Ada yang di antaranya sebelum ini aku anggap sesetengah mereka dari Patani atau Indonesia atau Singapura tetapi rupa-rupanya dari Kedah. Dan bercakap pun memang lahjah Kedah kerana sebelum ini hanya sekadar mengangkat tangan bila berselisihan tanpa mengeluarkan kata-kata untuk berborak. Ada yang diantaranya memang tak pernah berjumpa lansung, tapi di acara ini aku sempat menjadikan mereka sahabat dan teman.
Di acara in juga aku bertemu kawan-kawan lama yang tinggal jauh dari kawasan Ruknuddin yang semestinya amat jarang sekali aku bertemu mereka.
Di sudut ini aku amat memuji penganjur kejohanan ini kerana mampu merapatkan ukhuwwah dikalangan ahli PPMS.



Bergambar bersama team Buloh Runcing di kejohanan bola sepak Piala Duta



Namum ada juga dua tiga perkara yang kurang aku senangi bila mana kejohanan ini yang pada asalnya ingin merapatkan ukhuwwah sesama ahli terkadang bertukar sebalik. Kutuk mengutuk, umpat mengumpat, cela mencela, caci mencaci sesama ahli bila perlawanan yang tenang dan ceria bertukar ganas, pemain-pemain bertukar dari menendang bola kepada menyepak orang dan mencari kaki-kaki yang akan disapu, betis-betis yang asal sihat sejahtera bertukar lebam dan luka.
Jika kejang sahaja tiada masaalah tetapi sampai kepada sakit pergelangan kaki, tergeliat sana tergeliat sini, maka semua ini akan menatijahkan rasa benci dan dendam dalam hati sesama ahli PPMS.
Dalam hal ini alangkah baiknya PPMS sebagai penganjur dapat menjadi orang tengah dalam memupuk kasih sesama ahli, nescaya tiada hati yang akan terluka selepas selesai tamat kejohanan ini.

11 Julai – Kenduri Sidik dengan Huda Farhan anak pakcik Zaki yang tinggal di Kuala Kedah. Ramai juga kenalan yang aku jumpa terutama budak-budak baru yang datang belajar ke Syria.
Kenduri kali ini aku anggap agak meriah bila menggabungkan lima pasangan sekali gus, Raji Musa, Khairul Azwan, Haikal Apeloh, Arshid (dari Pilipina) dan Sidik.


Empat pasangan pengantin bersama tetamu



Nasi minyak kali ni boleh tahan sedapnya, aku mula-mula makan di bahagian VIP, dan selepas itu duduk berborak dengan kawan-kawan sampai ke Asar. Lepas Asar aku pekena sekali lagi nasi minyak yang dihidangkan bukan untuk VIP, rupa macam nasi tomato, dan rasa memang sedap tak payah makan dengan lauk pun, memang aku pujilah siapa yang jadi tukang masak.
Seperkara lagi aku kurang setuju dengan masa kenduri ini dilansungkan, dalam kad jemputan tertera “masa : dari jam 12 tengahari sampai jam 5 petang” tengah panas litlit tu, dah la musim panas memang berpeluh sampai ke ketiak bila sampai ke rumah PPMS. Tapi mujur lah rumah PPMS ada aircond terasa tenang sikit bila makan.
Dan aku cadangkan kepada sesiapa yang nak buat kenduri tahun depan, cuba ubah masa dari buat pada siang hari kepada malam yang tenang macam program bola baru-baru ni.
Tak salah mencuba bila kena dengan citarasa.
Untuk semua pengantin baru aku ucapkan “BAARAKALLAHU LAKUMA WA JAMA’A BAINAKUMA BIKHAIR”

13 Julai – aku ditakdirkan Allah bertemu CEO HPA Hj Ismail semasa beliau datang melawat ke Syria, pertemuan aku tak lama, hanya bertemu dan bersembang sepatah dua kata sepanjang setengah hari sambil membawa rombongan Hj Ismail melawat tempat sejarah sekitar Damascus.
Aku kagum dengan perwatakan yang ditonjolkan Hj Ismail, sebagai orang pertama dalam syarikat Herba Penawar Alwahida (HPA) dia mengetahui segala khasiat daun kayu yang dapat dijadikan ubat dan herba merawat penyakit. Dan semua kakitangannya akan merujuk kepadanya utnuk mengetahui khasiat sesuatu buah dan pokok. Sememangnya Hj Ismail pakar dalam bidang ini. Dan amat sesuai kedudukannya sebagai CEO kepada sebuah syarikat yang mengushakan pengeluaran ubat dan makanan kesihatan yang berasaskan herba daun kayu.


Penulis bersama Hj Ismail dan rombongan beliau di depan makam Habil anak nabi Adam.




17 Julai – aku hadiri majls bersama Dato Dr. Hasan Ali di rumah pentadbiran PPMS, Mujtahid, walau pun pertemuan denganya hanya singkat kerana mula majlis agak lambat namun setiap mutiara kata darinya amat bermakna bagi ku, cetusan idea dan nasihat dari beliau kepada para pelajar disini amat besar ertinya.
Aku amat tertarik dengan ideanya yang akan memperkasa institusi masjid di Selangor dengan menjadikan masjid seolah pusat khidmat masyarakat.
Katanya semua masjid di Selangor nanti akan diwujudkan kedai-kedai yang menjual produk halal bagi permulaannya dan selepas program ini berjaya, masjid akan diluaskan fungsinya kepada kegitan-kegiatan lain.
Dan untuk merialitikan cita-cita ini maka masjid memerlukan orang yang mahir dalam pelbagai bidang bukan hanya sekadar pandai berkhutbah dan berceramah, bukan hanya sekadar pandai mengajar dan menjadi imam, sebaliknya mampu menguruskan jawatankuasa masjid, pandai mengepalai mesyuarat AJK masjid, mampu merencana apa yang terbaik bagi ahli jemaah. Maka semua ini bermula dari dalam diri lepasan aliran agama yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya yang bersangkut-paut dengan pengurusan.


Majlis ramah mesra bersama Dato Dr. Hasan Ali di rumah PPMS



Dr. Hasan Ali juga mengharapkan agar lepasan timur tengah ini mencipta sesuatu yang hebat di mata masyarakat bagi mengangkat martabat pelajar lepasan timur tengah terutama Syria dan menajdi laluan mudah untuk masyarakat menerimanya dimasa akan datang.

18 Julai – forum Isra Mi’raj di perkarangan pejabat kedutaan besar Malaysia di Syria, Mezzeh. Ahli panelnya adaah Dato Dr Hasan Ali dan ustaz Zaki Arsyad.
Banyak juga ilmu dan nasihat yang aku dapat semasa mengikuti forum ini yang bertajuk “cabaran maha siswa mendepani masyarakat”.
Diantara nasihat dato ialah masyarakat memerlukan maha siswa yang mampu menunjuki mereka jalan yang benar bertepatan dengan kehendak Islam. Dan perkara ini tidak akan berlaku kecuali setelah mahasiswa mengisisi ilmu yang sebanyaknya semasa tempoh belajar disamping itu mahasiswa juga harus mempersiapkan diri dengan berbagai ilmu dan kepakaran. Diantaranya kemahiran dalam bidang computer bagi memperkuatkan diri dalam mengahdapi masyarakat dan juga teknik komunkasi yang cekap bagi mencapai keberkesanan dalam menyampaikan dakwah.


Gambar kenangan bersama Dato Dr. Hasan Ali, Duta Ibrahim dan Abg. Azmil (Ali Setan) setelah selesai forum Isra Mi'raj di perkarangan Kedutaan Malaysia Syria