Setelah menempuh perjalan selama dua hari setelah turun dari Jabal Hijrah - Gua Sur, baginda nabi s.a.w bersama Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq r.a berhenti rehat seketika di perkehmahan Ummu Mabad Al-Khuzaiei.
Nabi s.a.w bertanya perihal makanan dan minuman kepada Ummu Ma`bad untuk dibeli, namum jawapan yang diperolehi amat mengecewakan lantaran kekurangan makanan di perkhemahan Ummu Ma`bad. Tambahan pula perkampungan Wadi Qudaid ketika itu dilanda musim kemarau.
Baginda Nabi s.a.w terpandanyg seekor kambing di tepi khemah Ummu Ma`bad lalu baginda nabi s.a.w bertanya kepada Ummu Mabad dengan sangkaan kambing itu mempunyai susu, Ummu Ma`bad manjawab bahawa kambing itu belum mempunyai susu, lalu baginda nabi s.a.w. meminta izin untuk melihat kambing tersebut.
Nabi s.a.w. bersama Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq r.a berlindung dalam Gua Sur selama tiga malam.
Setelah nabi s.a.w. membaca basmalah dan berdoa, kantung susu kambing itu disapu dan diusap, tiba-tiba kantung susu berkembang dan susu menjadi penuh, lalu nabi s.a.w memerah susu kambing itu dengan tangan baginda sendiri sehingga penuh bejana Ummu Ma`bad.
Setelah Sayyidiuna Abu Bakar As-Siddiq, A`mir bin Fuhairah dan Sayyiduna Nabi s.a.w minum sehingga kenyang, baginda memerah susu kali kedua dan meninggalkannya kepada Ummu Ma`bad.
Selang beberapa ketika, suami Ummu Ma`bad pulang dan bertanyakan tentang susu yang ditinggalkan nabi s.a.w itu. Jawab Ummu Ma`bad menceritakan peristiwa aneh yang dilihat beliau semasa nabi s.a.w singgah di khemah mereka. Abu Ma`bad meminta Ummu Ma`bad menyebut sifat nabi s.a.w, lalu Ummu Ma`bad mensifati baginda nabi s.a.w dengan bahasa yang sangat indah dan mengasyikkan.
Diceritakan bahawa kisah persinggahan nabi s.a.w ini disyairkan oleh satu suara jin di bumi Makkah ketika itu. Dan Asma binti Abu Bakar r.a mengtahui hijrah nabi ke Madinah setelah mendengar suara itu.
Ummu Mabad bernama Atikah binti Khaalid Al-Khuzaei saudara kepada Hubaisy bin Khalid Al-Khuzaei. Suami beliau Aksam bin Abil Joun Al-Khuzaei. Dan gelaran Abu Mabad dan Ummu Mabad di kerana anak mereka bernama Mabad.
Rujukan :
1. Kitab Sirah Raheeq Makhtum.
2. Zadul Ma`ad.
1. Kitab Sirah Raheeq Makhtum.
2. Zadul Ma`ad.