Semalam aku solat Isyak di Jami Abu Nur, kemudian aku terus ikuti majlis maulid di Jami tu yang diadakan setelah selesai solat Isyak.
Suasana dewan solat penuh sesak dengan orang ramai. aku yang hadir lepas selesai azan pun terpaksa naik ke tingkat atas di sebab kan dewan bahagian bawah dh penuh sesak.
Selesai solat Isyak kumpulan nasyid yang dijemput khas terus mengumandangkan nasyid mereka. Pujian dan selawat ke atas junjungan besar terus menerus meniti di bibir para hadirin.
Setelah setengah jam berlalu, ucapan aluan dari Mudir am Mujamma Syaikh Ahmas Kuftaro - Syekh Solahuddin Kifaro mengalu-alukan kedatangan wazir awqaf , mufti jumhuriyah syaikh Badaruddin Hassoun dan sekelian jemptan.
Aku cukup tertarik dengan ucapan syekh Solah yang pandai menyusun kata di hadapan wazir awqaf selaku wakil kerajaan Syria.
Aku kagum dengan keindahan ayat yang disampaikan syekh solah yang diselangi dengan makna yang penuh tersirat.
aku juga kagum dengan ucapan syekh Hassoun yang mengingatkan para hadirin tentang perancangan puak barat yang dengkikan dunia Islam.
Katanya :"dulu puak barat menjalankan strategi mereka merosakkan dunia Islam dengan memburuk-burukkan keluarga rasulullah, kemudian mereka memburukkan peribadi rasulullah, kemudian mereka pecah belahkan umat Islam dan terakhir mereka mengatakan al quran sebagai sumber keganasan, namun umat Islam tetap bersatu dan menyanjung rasul sebagai ikutan sepanjang zaman".
Syekh Hassoun juga menyeru agar kita menjadi ummat wasatiyyah di dalam semua hal dan itu lah yang sangat dituntut oleh agama.
Dengan nada penyampain yang tersendiri dan gaya bahasa yang indah mampu memukau hadirin, kebanyakkan yang hadir menitiskan air mata menginsafi diri hasil kesan dari pengucapan syekh Hassoun.
Lebih menambat hatiku dan teruja jiwaku dengan ucapan yang disampaikan wazir awqaf syed Abdus Sattar yang dengan lancar menyulam ayat-ayat al quran dan hadis dalam ucapannya.
Hatiku berkata alangkah hebatnya jika aku punya menteri di Malaysia seperti syed Abdus Sattar yang sentiasa mengingatkan rakyat tentang dosa pahala, syurga dan neraka, dan sentiasa mengingatkan tetang kematian. alangkah indahnya...
Setiap ucapan diselangi dengan dendangan nasyid pujian dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad sallallahu alaihe wasallam, tanpa ku sedari tiga jam telah berlalu. Selesai majlis aku terus balik ke rumah sambil meredah hujan renyai-renyai tanda rahmat Allah melimpah ruah ke atas umat manusia.
Jami Bouty, Ruknuddin, Damascus, Syria.
24 Mac 2009 / 9:52
(semasa karan terputus)
sent from my I-Mate via mtn-yahoo