28 September 2009

Mula aku sampai dulu

Boring, bosan, tak ketahuan, semua nya ada, mujurlah ada satellite, kurang2nya tak lah terasa sunyi sangat, kebetulan hari line telepon terputus kat rumah aku, hari tu juga Basil bawa tv ke rumah aku, ok lah sikit.
Memang rancangan di satellite tu 24 jam dan ada lebih dari 800 chanel, tapi dah memang aku ni bukan kaki tengok tv jadi walaupun banyak chanel bagi aku tiada apa2.
800 chanel tu hanya untuk satellite nilesat saja, kalau pasang satu lagi jarum kat piring atas bumbung mungkin boleh dapat sampai 1000 lebih chanel dan semua nya free, nak tambah lagi chanel pon boleh tapi kena topup lah 1000 Lera, boleh tengok chanel sport tambahan.
Aku ni bukan lah tau sangat bab satellite ni, dulu penah lah tengok member dok kerosek tentang satellite ni masa aku bujang dulu, aku tengok gitu2 ja sebab aku ni malas sikit nak ambil kisah tentang satellite, aku kalau ada filem best dan ada berita2 yang hangat aku tengok lah, yang tu pun hanya 3 atau 4 channel ja, yang lain tu aku tak berapa minat sangat.
Bagi aku diantara internet dan satellite aku pilih satellite lagi sebab aku rasakan internet boleh bagi maklumat yang lebih kat aku, apa yang aku nak senang dapat, kalau satellite setakat aku boleh tercokoh saja depan tv, kalau nak apa2 kena cari di channel lain, berbanding dengan internet, aku boleh buat banyak kerja, cari maklumat, tambah maklumat, jengok sana, jengok sini, baca berita Malaysia, Syria, dunia dan banyak lagi.
Bila aku on ja internet mesti aku akan buka web cuaca Syria, berita Malaysia dan dunia sambil2 tu jengok juga blog aku, blog Kedah dan blog PMTIS sambil lawat blog kawan2. Dan aku dapat rasakan masa aku kebanyakkannya habis di depan komputer, sebab tu lah aku terasa boring sangat2 bila internet tak ada di rumah.
Nak menyangkul kat Syria ni memang payah, bukan payah sebab tak ada tanah tapi sebab benda tu tak penah di buat budak Malaysia kat sini, kalau aku buat nanti takut Baladiah (bandaran) mai Tanya aku buat pa, tak ke naya namanya tu, silap hari bulan polis pun boleh mai rumah aku bila dia syak aku tanam apa2 kat sini, tak ka cari maru namanya tu.
Mula aku sampai Syria dulu pada akhir tahun 2000 bulan 9 aku terus menetap di apartment dan rumah aku di tingkat tiga di kawasan Zahirah Jadidah, tingkap dapur rumah aku menghala ke sebuah ladang sayuran, setiap pagi aku dok melengung ja kat beranda dapur tengok orang dok menyangkul tanah, terasa dalam hati waktu tu alangkah best nya kalau aku dok bekerja sama2 dengan depa dok main tanah, cangkul sana cangkul sini sambil buat riadhah keluarkan peluh, alangkah seronoknya bila aku dapat penaik batas untuk tanam sayur kemudian buat para rendah atas batas tu supaya mudah untuk aku santau dengan pokok kayu supaya biji benih yang aku tabor tak terkena cahaya matahari yang terlalu panas dan juga sebagai pelingdung dari burung2 supaya tak makan biji benih aku.
Tiba2 Hamim kawan serumah aku mai tepuk belakang aku dan aku terkejut dan terus hilang lamunan aku dan aku pun kembali ke alam reality bahawa aku lani kat Syria, bukan nya kampong Landak.
Semua cerita tu lapan tahun yang lalu sewaktu aku masih tak tau lagi selok belok tentang Syria. Kini aku dah dapat atur rentak perjalanan aku. Aku dapat gantikan cangkul, tanah, sayur, parang dan segala2nya yang bersangkutan dengan pertanian dengan laptop dan komputer.

25 September 2009

Diantara rindu Malaysia dan cinta Syria

Terasa hati ini sangat syahdu dan teramat sedih bila mana memikir tarikh 28 September Isnin yang bakal muncul tidak lama lagi. Pada hari tersebut akan aku tinggalkan segala kenangan pahit manis sepanjang berada di bumi barakah, bumi anbiya, bumi syam.
Teramat syahdu bercampur sayu bila mana segala kehidupan aku perlu di ubah bagi menyesuaikan diri dengan tempat yang aku kira menjadi baru semula iaitu bumi Malaysia yang ki tinggalkan semenjak 29 September 2000 lepas.

Selepas 28 September nanti tiada lagi kedengan laungan Ammu penjual gas, tiada lagi pekikan Muallim pengangkut barang terpakai dari rumah-rumah, tiada lagi lolongan Ammu Abu Salim menjaja jagung rebus di senjang lorong-lorong sempit di kawasan perumahan Ruknuddin, tiada lagi laungan azan Abu Abduh dari Jami’ Bouty yang diselangi dengan batuk tuanya melepaskan kahak di kerengkong dan dendangan selawat memuji nabi sebelum azan subuh.
Tiada lagi sapaan salam dan doa kesejahteraan para penghuni lorong-lorong rumah arab membalas salam ku sambil mendoakan Allah yazidkal khair (moga Allah tambah kebaikan untuk mu) selepas pertemuan. Tiada lagi makian arab Allah Yahdik (moga Allah memberi petunjuk pada mu) pada orang yang menyakiti hati mereka.
Semua nya akan menjadi kenangan abadi yang tak bisa dilupakan walau di telan zaman.

Selepas 28 September nanti tiada lagi ruang untuk ku bersiar di taman syurga yang penuh barakah disamping mengutip mutiara ilmu yang jatuh dari mulut para masyayikh di bumi syam ini. Tiada lagi. Tiada lagi. Syekh Said Ramadhan Al Bouty, Dr. Wahbah Azzuhaily, Syekh Husamuddin Farfur, Syekh Ratib Nabulsi, Syaikh Naim Iraqsusi, Syekh Rushsdi Al Qalam, Syekh Sariah Arrifaie, Syekh Usamah Arrifaie, Syekh Abdul Fatah Bazam dan ramai lagi para masyayikh disini, semua nya akan menjadi ingatanku yang kekal abadi dan kenangan manis sepanjang aku berada di Syria ini selama sembilan tahun lamanya. Segala curahann ilmu, pesanan dan tunjuk ajar yang dibekalkan kalian terhadap diri ku ini akan aku gunakan bagi menambah amalan ku dan aku gunakan bagi menyambung rantaian perjuangan para nabi dan rasul Allah dalam menegakkan agama suci dinul Islam dia atas muka bumi ini. Hanya doa restu dan keizinan kalian lah yang akan menguatkan semangat ku untuk meneruskan segala amal bakti ini.
Ya Allah kuatkan lah hati ku, tetapkanlah iman ku terhadap Mu.

Selepas 28 September nanti kehidupan ku pasti akan berubah, suasana persekitaran, udara, pergaulan, aktiviti social semua nya akan menjadikan diri aku perak dan kekok untuk mengharunginya buat pertama kali. Pasti keadaan di Malaysia telah banyak berubah dengan penduduknya yang semakin bertambah yang akan menatijahkan karenah manusia yang pelbagai.

Kaum keluarga ku juga pasti telah mengalami hukum alam, ada yang baru dilahirkan dan pasti ramai juga yang telah pergi menemui Rabbul Izzati. Ada yang dah besar panjang dan ada juga yang baru mula bertatih mengharungi alam yang penuh dengan segala macam seribu satu masaalah dan karenah.

Apa yang pasti bumi Malaysia tetap menjadi pujaan hatiku dan tempat tumpah nya darahku.

19 September 2009

I'DUL FITRI

SELAMAT HARI RAYA I'DUL FITRI 1430

MAAF ZAHIR BATIN

KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA DI KAMPUNG, GURU-GURU, SAHABAT-SAHABAT DAN SELURUH PENGUNJUNG BLOG INI

IKLHAS DARI PERANTAU UNTUK SEMUA.


17 September 2009

Gangguan

Kelmarin aku di datangi semula tetamu lama ku yang membuat aku kurang senang dengan kehadirannya. Kerana dia lah aku terpaksa terperosok di rumah selama sebulan pada bulan enam tahun lepas dan tak mampu untuk melakukan apa-apa kerja demi melayan karenahnya dan perangainya yang tak pernah henti mengganggu ku. Kemana jua sudut dan ruang yang aku lalui dan aku pergi dia akan tetap bersama ku membuatkan diri ku rimas dan kurang selesa.

Bulan enam tahun lepas itu lah detik mula pertemuan ku dengan nya dan menghasilkan persahabatan yang cukup erat dan sukar untuk melepaskan sehingga ke tempat tidur ku dia tetap bersama dan sangat suka mengganggu aku. Setahu aku, persahabatan sebegini sangat susah untuk dipisahkan dan jika hilang ia sekali pun suatu hari nanti pasti akan bertemu jua. Hanya dengan usaha yang gigih dan  keazaman yang kental sahaja mampu untuk menyingkirkannya dari bersama ku.

Aku berusha berbagai cara, dan mencuba bermacam kaedah demi melepaskan diriku dari sentiasa diekori nya. Bermacam ubat aku telan dan berbagai tabib aku temui demi menyelesaikan masaalah aku ini, juga berpuluh artikel aku cari dan aku baca namun semuanya cubaan dan teori semata, dia tetap mengekori dan menggangu aku.

Akhirnya aku ke klinik Cham yang terletak berdekatan hotel Lee Meridien, walau pun bayaran perkhidmatannya agak mahal namun aku tiada pilihan lain demi melepaskan diri ku dari cengkaman nya.

Aku juga di nasihatkan oleh kawan-kawanku agar tidak mengambil ubat penenang itu kerana bimbang kesan sampingan nya amat besar terhadapa kesihatan ku kelak, namun aku tiada pilihan lain dan teramat siksa setelah gagal mencuba berbagai cara dan kaedah, aku fikirkan inilah jalan terakhir untuk aku keluar dari masaalah ini yang cukup merimaskan dan menekan jiwaku.

Setelah pemeriksaan di buat maka satu suntikan ubat penenang diberikan pada ku untuk merehatkan jiwaku di samping memastikan tetamu ku itu berhenti seketika dari menggangu ku dan aku juga dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil pil penenang setiap lapan jam.

Alhamdulillah ubat yang diberikan berhasil mengekang tetamu ku itu dari terus menggangu ku. Dan tidur lena di malam hari. Doctor juga menasihatkan agar aku sentiasa mengekang nafsu ku dari memakan makanan seperti kekacang, daging merah dan makanan laut seperti Ketam, Udang dan Sotong yang banyak menghasilkan Asid Urik dalam darah ku.

Namun setelah dua tahun berlalu, tetamu ku itu datang semula menziarahi ku buat kali kedua dan kedatangannya kali ini tidak seperti kali pertama dahulu, dia hanya datang sekejap dan hanya mencuit-cuit ku sahaja. Namun kadatangan nya kali ini tetap menggangu kehidupan ku seharian dan aku tetap tidak suka dengan kehadirannya. Dan pengalaman aku pertama kali dulu cukup untuk mengajarku cara dan kaedah berhadapan dengan nya.

Baki pil penenang yang diberikan doktor pada tahun lepas masih elok dalam simpanan ku dan tanpa membuang masa sebiji pil aku telan dan terasa selesa kehidupan ku, pada masa yang sama aku juga berikhtiar agar kaedah tradisional dapat menghalang tetamu ku itu dari mengganggu ku. Berbagai tabib aku temui dan bermacam akar kayu aku rebus namun natijahnya tetap sama.

Setelah lama berusha, akhirnya keluarga ku di kampong mengirimkan ubat herba Makjun Taufiq Dua Istimewa kepada ku sebagai ikhtiar seterusnya dalam memulihkan kesihatan ku, setelah menelan hamper 20 biji pil selama sepuluh hari, hasilnya amat ku dambakan, tetamu ku itu seakan pergi buat selamanya meninggalkan aku dan aku menikmati hidup selesa dan bahagia, tiada lagi cuitan darinya dan tiada lagi usikan nakalnya. Alhamdulillah, syukur nikmat yang tidak terhingga aku panjatkan kehadrat Ilahi atas kelapangan dan kesihatan yang tidak pernah jemu dicurahkan Nya terhadap diriku.

Lima bulan berlalu dan jangkaan ku terhadap pemergian tetamu ku itu meleset bila mana dua hari lepas dia datang semula menjegukku. Makjun Taufiq Dua Istimewa yang dikirim keluarga ku empat bulan lepas juga telah kehabisan stok. Aku cukup gelisah, jiwa ku diselubungi gundah gelana dan hati ku menjadi resah tak keruan, lantaran hujuman dan gangguan tetamu itu ke atas diri ku.

Ingin saja aku mengkeloi keluarga ku dikampung meminta ehsan agar mereka utuskan Makjun Taufiq Dua Istimewa kepada ku sesegera mungkin dan aku bersedia untuk menampung kos penghantarannya walau sebanyak mana sekali pun kerana bagi ku kini kesihatan dan kebebasan tidak akan mampu menandingi segala-galanya, dan makjun itu lah mujarab utama dan penyebab tertinggi dari Allah dalam melepaskan diriku dari gangguan tetamu ku itu.

Dalam diam hati kecil ku berbisik ke telinga ku agar aku berfikir terlebih dahulu menggunakan akal yang waras, pertimbangan ilmu yang ada dan mengatur langkah yang terbaik dalam mengatasi apa jua masaalah, aku mulakan tindakan pertama dengan meletakkan status di YM ku bertanyakan kawan-kawan cara mudah untuk mendapatkan Makjun Taufiq Dua Istimewa. Hasilnya sahabat ku Qasiyun memaklumkan bekalan Makjun Taufiq Dua Istimewa masih ada dalam simpanan Solah Mtid yang masih di Syria. Tanpa melengahkan masa aku terus menghubunginya dan mendapatkan bekalan makjun itu.

Alhamdulillah kini kehidupanku kembali selesa dan ucapan terima kasih ku ucapkan kepada Qasiyun dan Solah Mtid kerana membantu ku disaat aku memerlukan pertolongan kalian.

Dan syukur Alhamdulillah untuk kali yang seterusnya terhadap Rabbul Jalil kerana tetap merahmati ku dan memberi nikmat kesihatan untuk diri ku ini.

 

Mafhum hadis : Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, sabda Rasulullah sallallahu alaihe wasallam " dua nikmat yang sering kali manusia lalai dan tertipu (dari mensyukurinya) iaitu masa lapang dan sihat" hadis riwayat Imam Ahmad.


03 September 2009

RAMADHAN KAREEM



Latar belakang : Sungai Furat, Raqqah, Syria.

01 September 2009

Usrah Ibnu Malik

Pada 22 Julai 2009 lalu, aku mengepalai usrah pertama yang diamanahkan kepada aku oleh Niamat Doll Kawaid selaku ketua Lajnah Tarbiah Pelajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang Syria (PMTIS). Anak buah usrah aku tak ramai, hanya 2 orang iaitu Bachok (Abd Aziz) dan Muaz Adnan.

Perjalanan usrah pertama kali banyak membincangkan arah tuju dan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh usrah kami.

Bertempat di rumah aku (dekat Jami Bouty) kami merancang beberapa perkara diantaranya kami akan melaksanakan kehendak dari Niamat sendiri yang menetapkan setiap kumpulan usrah hendaklah melaksanakan tiga perkara utama iaitu :

Pertama : Kalimah Qayyimah yang bertujuan menguatkan lagi penguasaan bahasa arab dikalangan ahli PMTIS.

Kedua : Munaqasyah Ilmu yang dilaksanakan dengan cara menetapkan sebuah kitab dan akan diperbahaskan oleh kumpulan ahli usrah.

Ketiga : Doa Masnun Wa Makrifatul Ulama Sham bagi mengukuhkan kekuatan rohani ahli dengan amalan doa-doa sunat disamping menggalakkan ahli usrah menghafal doa-doa yang akan digunakan bila bertemu masyarakat di Malaysia nanti dan menjadikan kehidupan ulama di Syria sebagai panduan dalam mengharungi hidup.

Namun kumpulan usrah aku telah manambah sukatan asal kepada beberapa perkara, antaranya kami menetapkan bacaan makthurat di awal pertemuan dan kemudian disusuli dengan Kalimah Qayyimah kemudian bacaan kitab Ulama Yatahaddsun yang menceritakan biodata ulama-ulama Sham terkini kemudian disusuli dengan bacaan tafsir dan setelahnya munaqasyah kitab jawi dengan mensasarkan kutaib sahaja dan hadaf kami selain munaqasyah kami akan mengeluarkan sebuah kutaib yang sama tetapi didalam versi rumi bersama tahqiq insya Allah. Dan pertemuan usrah diakhiri dengan bacaan doa-doa masnun yang diberi tugas mengikut giliran.

Ahli usrah aku juga bersetuju menamakan usrah ini sebagai Usrah Ibnu Malik.

Aku mendapat banyak faedah dan kebaikan disebalik perlaksanaan usrah ini bila mana aku selaku ketua yang dipertanggungjawabkan melaksanakan segala aktivi dalam usrah ini.

Aku merasakan penguasaan bahasa arab aku masih kurang bila aku menyampaikan taklimat pertama dalam bahasa arab, asyik terkeluar bahasa A'mmi sahaja, namun aku tetap berusaha memaksimakan penggunaan bahasa fushah dan alhamdulillah 70 peratus aku berhasil menyampaikan taklimat dalam bahasa fushah.

Kini kami telah berjaya melaksanakan  empat kali pertemuan yang diadakan setiap minggu dan kini ahli usrah aku bertambah kepada empat orang bila Syukri berkenan untuk bersama kami memantapkan ilmu. Ahlan wasahlan kepada ahli baru, Syukri .

Kepada sahabat-sahabat yang dah pulang ke Malaysia aku cadangkan program-program sebegini dilaksanakan dengan kawan-kawan khirrij dari Syria atau timur tengah, banyak faedah yang kita dapat disamping mengeratkan hubungan silatur rahim kita dapat menambah ilmu dengan merungkai masaalah yang berlaku di dalam masyarakat dan seperti program Kalimah Qayyimah, ianya dapat menjadikan kita sentiasa ingat kepada bahasa arab yang kita perolehi semasa di Syria.

Sepengatahuan aku di Syria ni, kebanyakkan masyaikh akan menetapkan sehari dalam seminggu untuk mengadakan pertemuan sesama mereka membincang hal-hal bakaitan ilmu dan alangkah kah baiknya jika tradisi ini dapat kita teruskan di Malaysia.

"Ya Allah. Jadikanlah kami dari golongan yang sentiasa mendengar sesuatau perkataan dan mengikuti apa yang terbaik darinya"….ameen.


start: 0000-00-00 end: 0000-00-00