01 September 2009

Usrah Ibnu Malik

Pada 22 Julai 2009 lalu, aku mengepalai usrah pertama yang diamanahkan kepada aku oleh Niamat Doll Kawaid selaku ketua Lajnah Tarbiah Pelajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang Syria (PMTIS). Anak buah usrah aku tak ramai, hanya 2 orang iaitu Bachok (Abd Aziz) dan Muaz Adnan.

Perjalanan usrah pertama kali banyak membincangkan arah tuju dan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh usrah kami.

Bertempat di rumah aku (dekat Jami Bouty) kami merancang beberapa perkara diantaranya kami akan melaksanakan kehendak dari Niamat sendiri yang menetapkan setiap kumpulan usrah hendaklah melaksanakan tiga perkara utama iaitu :

Pertama : Kalimah Qayyimah yang bertujuan menguatkan lagi penguasaan bahasa arab dikalangan ahli PMTIS.

Kedua : Munaqasyah Ilmu yang dilaksanakan dengan cara menetapkan sebuah kitab dan akan diperbahaskan oleh kumpulan ahli usrah.

Ketiga : Doa Masnun Wa Makrifatul Ulama Sham bagi mengukuhkan kekuatan rohani ahli dengan amalan doa-doa sunat disamping menggalakkan ahli usrah menghafal doa-doa yang akan digunakan bila bertemu masyarakat di Malaysia nanti dan menjadikan kehidupan ulama di Syria sebagai panduan dalam mengharungi hidup.

Namun kumpulan usrah aku telah manambah sukatan asal kepada beberapa perkara, antaranya kami menetapkan bacaan makthurat di awal pertemuan dan kemudian disusuli dengan Kalimah Qayyimah kemudian bacaan kitab Ulama Yatahaddsun yang menceritakan biodata ulama-ulama Sham terkini kemudian disusuli dengan bacaan tafsir dan setelahnya munaqasyah kitab jawi dengan mensasarkan kutaib sahaja dan hadaf kami selain munaqasyah kami akan mengeluarkan sebuah kutaib yang sama tetapi didalam versi rumi bersama tahqiq insya Allah. Dan pertemuan usrah diakhiri dengan bacaan doa-doa masnun yang diberi tugas mengikut giliran.

Ahli usrah aku juga bersetuju menamakan usrah ini sebagai Usrah Ibnu Malik.

Aku mendapat banyak faedah dan kebaikan disebalik perlaksanaan usrah ini bila mana aku selaku ketua yang dipertanggungjawabkan melaksanakan segala aktivi dalam usrah ini.

Aku merasakan penguasaan bahasa arab aku masih kurang bila aku menyampaikan taklimat pertama dalam bahasa arab, asyik terkeluar bahasa A'mmi sahaja, namun aku tetap berusaha memaksimakan penggunaan bahasa fushah dan alhamdulillah 70 peratus aku berhasil menyampaikan taklimat dalam bahasa fushah.

Kini kami telah berjaya melaksanakan  empat kali pertemuan yang diadakan setiap minggu dan kini ahli usrah aku bertambah kepada empat orang bila Syukri berkenan untuk bersama kami memantapkan ilmu. Ahlan wasahlan kepada ahli baru, Syukri .

Kepada sahabat-sahabat yang dah pulang ke Malaysia aku cadangkan program-program sebegini dilaksanakan dengan kawan-kawan khirrij dari Syria atau timur tengah, banyak faedah yang kita dapat disamping mengeratkan hubungan silatur rahim kita dapat menambah ilmu dengan merungkai masaalah yang berlaku di dalam masyarakat dan seperti program Kalimah Qayyimah, ianya dapat menjadikan kita sentiasa ingat kepada bahasa arab yang kita perolehi semasa di Syria.

Sepengatahuan aku di Syria ni, kebanyakkan masyaikh akan menetapkan sehari dalam seminggu untuk mengadakan pertemuan sesama mereka membincang hal-hal bakaitan ilmu dan alangkah kah baiknya jika tradisi ini dapat kita teruskan di Malaysia.

"Ya Allah. Jadikanlah kami dari golongan yang sentiasa mendengar sesuatau perkataan dan mengikuti apa yang terbaik darinya"….ameen.


start: 0000-00-00 end: 0000-00-00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan