Kelmarin aku di datangi semula tetamu lama ku yang membuat aku kurang senang dengan kehadirannya. Kerana dia lah aku terpaksa terperosok di rumah selama sebulan pada bulan enam tahun lepas dan tak mampu untuk melakukan apa-apa kerja demi melayan karenahnya dan perangainya yang tak pernah henti mengganggu ku. Kemana jua sudut dan ruang yang aku lalui dan aku pergi dia akan tetap bersama ku membuatkan diri ku rimas dan kurang selesa. Bulan enam tahun lepas itu lah detik mula pertemuan ku dengan nya dan menghasilkan persahabatan yang cukup erat dan sukar untuk melepaskan sehingga ke tempat tidur ku dia tetap bersama dan sangat suka mengganggu aku. Setahu aku, persahabatan sebegini sangat susah untuk dipisahkan dan jika hilang ia sekali pun suatu hari nanti pasti akan bertemu jua. Hanya dengan usaha yang gigih dan keazaman yang kental sahaja mampu untuk menyingkirkannya dari bersama ku. Aku berusha berbagai cara, dan mencuba bermacam kaedah demi melepaskan diriku dari sentiasa diekori nya. Bermacam ubat aku telan dan berbagai tabib aku temui demi menyelesaikan masaalah aku ini, juga berpuluh artikel aku cari dan aku baca namun semuanya cubaan dan teori semata, dia tetap mengekori dan menggangu aku. Akhirnya aku ke klinik Cham yang terletak berdekatan hotel Lee Meridien, walau pun bayaran perkhidmatannya agak mahal namun aku tiada pilihan lain demi melepaskan diri ku dari cengkaman nya. Aku juga di nasihatkan oleh kawan-kawanku agar tidak mengambil ubat penenang itu kerana bimbang kesan sampingan nya amat besar terhadapa kesihatan ku kelak, namun aku tiada pilihan lain dan teramat siksa setelah gagal mencuba berbagai cara dan kaedah, aku fikirkan inilah jalan terakhir untuk aku keluar dari masaalah ini yang cukup merimaskan dan menekan jiwaku. Setelah pemeriksaan di buat maka satu suntikan ubat penenang diberikan pada ku untuk merehatkan jiwaku di samping memastikan tetamu ku itu berhenti seketika dari menggangu ku dan aku juga dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil pil penenang setiap lapan jam. Alhamdulillah ubat yang diberikan berhasil mengekang tetamu ku itu dari terus menggangu ku. Dan tidur lena di malam hari. Doctor juga menasihatkan agar aku sentiasa mengekang nafsu ku dari memakan makanan seperti kekacang, daging merah dan makanan laut seperti Ketam, Udang dan Sotong yang banyak menghasilkan Asid Urik dalam darah ku. Namun setelah dua tahun berlalu, tetamu ku itu datang semula menziarahi ku buat kali kedua dan kedatangannya kali ini tidak seperti kali pertama dahulu, dia hanya datang sekejap dan hanya mencuit-cuit ku sahaja. Namun kadatangan nya kali ini tetap menggangu kehidupan ku seharian dan aku tetap tidak suka dengan kehadirannya. Dan pengalaman aku pertama kali dulu cukup untuk mengajarku cara dan kaedah berhadapan dengan nya. Baki pil penenang yang diberikan doktor pada tahun lepas masih elok dalam simpanan ku dan tanpa membuang masa sebiji pil aku telan dan terasa selesa kehidupan ku, pada masa yang sama aku juga berikhtiar agar kaedah tradisional dapat menghalang tetamu ku itu dari mengganggu ku. Berbagai tabib aku temui dan bermacam akar kayu aku rebus namun natijahnya tetap sama. Setelah lama berusha, akhirnya keluarga ku di kampong mengirimkan ubat herba Makjun Taufiq Dua Istimewa kepada ku sebagai ikhtiar seterusnya dalam memulihkan kesihatan ku, setelah menelan hamper 20 biji pil selama sepuluh hari, hasilnya amat ku dambakan, tetamu ku itu seakan pergi buat selamanya meninggalkan aku dan aku menikmati hidup selesa dan bahagia, tiada lagi cuitan darinya dan tiada lagi usikan nakalnya. Alhamdulillah, syukur nikmat yang tidak terhingga aku panjatkan kehadrat Ilahi atas kelapangan dan kesihatan yang tidak pernah jemu dicurahkan Nya terhadap diriku. Ingin saja aku mengkeloi keluarga ku dikampung meminta ehsan agar mereka utuskan Makjun Taufiq Dua Istimewa kepada ku sesegera mungkin dan aku bersedia untuk menampung kos penghantarannya walau sebanyak mana sekali pun kerana bagi ku kini kesihatan dan kebebasan tidak akan mampu menandingi segala-galanya, dan makjun itu lah mujarab utama dan penyebab tertinggi dari Allah dalam melepaskan diriku dari gangguan tetamu ku itu. Dalam diam hati kecil ku berbisik ke telinga ku agar aku berfikir terlebih dahulu menggunakan akal yang waras, pertimbangan ilmu yang ada dan mengatur langkah yang terbaik dalam mengatasi apa jua masaalah, aku mulakan tindakan pertama dengan meletakkan status di YM ku bertanyakan kawan-kawan cara mudah untuk mendapatkan Makjun Taufiq Dua Istimewa. Hasilnya sahabat ku Qasiyun memaklumkan bekalan Makjun Taufiq Dua Istimewa masih ada dalam simpanan Solah Mtid yang masih di Alhamdulillah kini kehidupanku kembali selesa dan ucapan terima kasih ku ucapkan kepada Qasiyun dan Solah Mtid kerana membantu ku disaat aku memerlukan pertolongan kalian. Dan syukur Alhamdulillah untuk kali yang seterusnya terhadap Rabbul Jalil kerana tetap merahmati ku dan memberi nikmat kesihatan untuk diri ku ini. Mafhum hadis : Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, sabda Rasulullah sallallahu alaihe wasallam " dua nikmat yang sering kali manusia lalai dan tertipu (dari mensyukurinya) iaitu masa lapang dan sihat" hadis riwayat Imam Ahmad. |
17 September 2009
Gangguan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
a'kum . .
BalasPadamsaya pembekal & pengeluar makjun taufiq 2 istimewa..
macam mana keadaan anta skrang..??
bley ana tahu apa sakit anta..??
BalasPadambley trus email ana..
gkeladi@yahoo.com
thanxs..
salam. tumpang tanya. di mana boleh sy dptkn makjun taufiq 2 istemewa ne??
BalasPadammak bapak sy pesan kepada sy utk carikan ubat ne..
pada yg tahu sila tros ke ym sy (bahar_rockers90) fb (bahar_sabah90@yahoo.com)