31 Mac 2019

Liqa bersama Syaikh Dr. Mustafa Bugha.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas kesempatan betemu muka bersama Syaikh Mustafa Bugha, seorang ulama terkemuka yang kini menetap di Syria.

Semoga pertemuan ini memberi manfaat buat diri ini.

Dr Syaikh Mustafa Dib Al-Bugha.

Beliau dilahirkan di kejiranan Maidan, Damsyik, Syria pada tahun 1939 masihi. Dan menrima pendidikan awal di Maahad Taujih Al-Islami yang diasaskan oleh ulama terkenal Syaikh Hasan Habannakah pada tahun 1959 masihi. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Damsyik di Kuliyah Syariah dan tamat pada tahun 1963 masihi. Kemudian menamatkan pengajian di peringkat master di Universiti Al-Azhar pada tahun 1974 masihi di bidang Syariah.

Liqa singkat di Hotel TH, Alor Setar.
 
Beliau adalah tenaga pengajar di beberapa universiti terkemuka seperti Universiti Damsyik, Universiti Yarmouk, Jordan, Universiti Qatar dan Universiti Al-Ulum Islamiyah, Jordan.
Mempunyai hasil karangan yang banyak dan menjadi rujukan dunia Islam. Dan diantara karangan beliau yang masyhur dan diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia :
- Alwafi syarah Ar-Baein An-Nawawi.
- Fiqah Manhaji.

Di antar guru-guru beliau :
Syaikh Hasan Habannakah Al-Maidani.
Syaikh Muhammad Kurayyim Rajih.
Syaikh Mustafa As-SIbaei.
Dr. Mazin Al-Mubarak.
Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Syaikh Mustafa Saeid Al-Khin.

--
JELAJAHI WARISAN SEJARAH SILAM DI SYRIA BERSAMA SHAHIN TRAVEL & TOURS

Menyelongkar sejarah, menentu arah, membina ummah.

Cuaca redup menyambut kedatangan ku bersama keluarga dan Uwan (panggilan untuk Nenek atau Opah) ke halaman perkampungan Kuala Jempul yang dahulunya cukup terkenal dengan sebuah pusat ilmu yang melahirkan generasi pembangun masyarakat dan ummah.

Setiba kami di rumah Ustaz Zul, Uwanku terus memperkenalkan aku dengan Makngah Hafsah yang cukup ramah, aku terus dibawa oleh Makngah melewati jejak langkah Atokku Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.

Bagaikan terpampang di hadapanku perjuangan Tuan Guru Haji Muhammad Jempol mencurahkan ilmu kepada anak qaryah dalam mempelajari ilmu agama. Sehinggakan dikisahkan Uwan kepada ku tentang seorang pelajar yang dihantar oleh ayahnya dan ditinggalkan bersama Tuan Guru Haji Muhammad dan pada masa yang sama si ayah menanam sebiji buah kelapa sebagai gantian ganjaran untuk Tuan Guru Haji Muhammad sebagai pendidik anak lelakinya.

Lorong ke tapak rumah Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.


Rumah Ustaz Zul Bahau.


Lorong ke pusara Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.


Tanah perkuburan Kampung Pai, Padang Lalang.




Pusara Tuan Guru Haji Muhammad Jempol di tanah perkuburan Kampung Pai, Padang Lalang, Bahau, Negeri Sembilan.


Pusara Tuan Guru Haji Muhammad ditandai dengan batu besar dan berpagar.

Nama Tuan Guru Haji Muhammad Jempol diabadikan di Sekolah Menengah Haji Muhammad Berhampiran pekan Bahau.

Sekolah Menengah Agama Haji Muhammad, Bahau, Negeri Sembilan.

Sebahagian anak Tuan Guru Haji Muhammad berbincang tentang kedudukan lokasi baru surau Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.

Rumah Tinggalan Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.

Kampung halaman.


Telaga milik Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.

Keadaan rumah yang telah usang dimakan masa.

Uwan menunjukkan tapak asal surau yang digunakan oleh Tuan Guru Haji Muhammad Jempol dalam mencurahkan ilmu dan bakti pada mendidik masyarakat Jempol.







Rumah pusaka.


Tapak asal rumah Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.
Semoga catatan ringkas ini akan menjadi rujukan untuk anak cucu mengambil pedoman dalam menelusuri kehidupan Tuan Guru Haji Muhammad Jempol.