31 Mac 2019

Liqa bersama Syaikh Dr. Mustafa Bugha.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas kesempatan betemu muka bersama Syaikh Mustafa Bugha, seorang ulama terkemuka yang kini menetap di Syria.

Semoga pertemuan ini memberi manfaat buat diri ini.

Dr Syaikh Mustafa Dib Al-Bugha.

Beliau dilahirkan di kejiranan Maidan, Damsyik, Syria pada tahun 1939 masihi. Dan menrima pendidikan awal di Maahad Taujih Al-Islami yang diasaskan oleh ulama terkenal Syaikh Hasan Habannakah pada tahun 1959 masihi. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Damsyik di Kuliyah Syariah dan tamat pada tahun 1963 masihi. Kemudian menamatkan pengajian di peringkat master di Universiti Al-Azhar pada tahun 1974 masihi di bidang Syariah.

Liqa singkat di Hotel TH, Alor Setar.
 
Beliau adalah tenaga pengajar di beberapa universiti terkemuka seperti Universiti Damsyik, Universiti Yarmouk, Jordan, Universiti Qatar dan Universiti Al-Ulum Islamiyah, Jordan.
Mempunyai hasil karangan yang banyak dan menjadi rujukan dunia Islam. Dan diantara karangan beliau yang masyhur dan diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia :
- Alwafi syarah Ar-Baein An-Nawawi.
- Fiqah Manhaji.

Di antar guru-guru beliau :
Syaikh Hasan Habannakah Al-Maidani.
Syaikh Muhammad Kurayyim Rajih.
Syaikh Mustafa As-SIbaei.
Dr. Mazin Al-Mubarak.
Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Syaikh Mustafa Saeid Al-Khin.

--
JELAJAHI WARISAN SEJARAH SILAM DI SYRIA BERSAMA SHAHIN TRAVEL & TOURS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan