29 Disember 2008

IBRAHIM BIN ADHAM

" INGATLAH, SESUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU TIADA KEKHUATIRAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK (PULA) MEREKA BERSEDIH HATI "

SURAH YUNUS – AYAT : 62

 

Beliau adalah Abu Ishak Ibrahim Bin Adham Bin Mansur At Tamimi Al Balkhi.

Dilahirkan di bumi Balkan, barat Khurasan, salah seorang anak raja.


MAKAM IBRAHIM BIN ADHAM DI JABLAH, SYRIA.



Pernah diceritakan bahawa beliau keluar dari istana untuk berburu lalu beliau mendapat habuan dengan seekor arnab, tatkala beliau gembira dengan hasilnya itu lalu terdegar satu suara menyebutkan " wahai Ibrahim, apakah kerana perkara ini kamu diciptakan tuhan atau apakah dengan perkara ini kamu diperintahkan?" lalu beliau turun dari tunggangannya dan terus menemui pengembala ayahnya maka diambil jubah pengembala itu yang diperbuat daripada bulu kambing dan memakainya setelah itu beliau menyerahkan tunggangannya dan segala harta miliknya kepada pengembala itu. Setelah itu beliau meninggalkan istana yang serba indah dan merentasi kampung-kampung bagi melengkapkan perjalanannya menuju ke kota Makkah. Di Makkah beliau hidup bersama ahli sufi yang masyhur, Abu Sufyan As Sauri dan Fudhail Bin I'yadh. Setelah itu beliau berhijrah ke negeri Syam bagi mengembangkan ilmu Islam dan mengajar manusia mendalami ilmu sufi yang sebenar. Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah memakan sesuatu pun kecuali hasil dari titik peluhnya sendiri.

 



Pada tahun 161 hijrah bersamaan 778 masehi beliau  menyahut seruan jihad menentang tentera Baizantin yang menakluki negara Islam, dalam pertempuran itu lah beliau gugur syahid dan dimakamkan di pantai laut Mediterranean daerah Jablah, Syria. Dan kini makamnya menjadi tumpuan orang ramai yang mencintai kekasih Allah.

 

Pernah satu ketika beliau ditanya tentang perkara-perkara yang menghalang doa dari dimakbulkan tuhan, jawab beliau :

"kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak mentaati Nya"

"kamu mengenali Rasul, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda"

"kamu mengenali Al Quran, tetapi kamu tidak mempelajarinya"

"kamu memakan ni'mat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri Nya"

"kamu mengetahui syurga, tetapi kamu tidak memintanya"

"kamu mengetahui neraka, tetapi kamu tidak menghindarinya"

"kamu mengenali syaitan, tetapi kamu tidak menjauhinya malahan kamu merapatinya"

"kamu mengetahui mati, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuknya, dan kamu menguburkan orang yang mati, tetapi tidak mengambil i'tibar darinya"

"dan kamu biarkan kekurangan dirimu tanpa memperbaikinya malah kamu menyibukkan diri dengan kekurangan orang lain"


MASJID SULTAN IBRAHIM BIN ADHAM DI JABLAH, SYRIA




 

Rujukan :

- Risalah Al Qusyairiyyah

- Almunjid fil lughah wal I'lam


24 Disember 2008

KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA

BONDA YANG TERCINTA
BAGAIMANAKAH DAPAT KU BALASI SEGALA JASA YANG TERCURAH BUAT KAMI ANAK-ANAK MU INI,
PENGORBANANMU TIADA TANDINGAN. MENDDIK DAN MENGASUH KAMI TANPA JEMU DAN BOSAN PENUH KESABARAN

BONDA…
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA….
KERANA KAU TELAH MENGENALKAN KAMI KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA
KAU TUNJUKKAN JALAN UNTUK KESANA NEGERI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI

BETAPA MULIANYA HATI MU
BETAPA MURNI KASIH SAYANG MU
DAPAT KU RASAKAN BONDA KASIH MU KASIH SEJATI
MOGA SENTIASA ALLAH RAHMATI


24122998/15:00 Ruknuddin, Damascus, Syria.

16 Disember 2008

Terapi solat

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

14 Disember 2008

TENTANG SYRIA

GEOGRAFI

Keluasan : 185,180 km2.
Sempadan Negara : Iraq 605 km, Israel 76 km, Jordan 375 km, Lebanon 375 km, Turkey 822 km. Jumlah keseluruhan 2,253 km.
Persisiran Pantai : 193 Km.
Cuaca : Panas kering padang pasir di kebanyakan tempat pada musim panas (Jun-Ogos) dan pada musim sejuk dengan hujan renyai sepanjang persisiran pantai (Disember - Februari). Salji turun di Damsyik dan di kawasan sekitarnya.
: Kawasan paling tinggi - Bukit Hermon 2,814 m.
: Kawasam paling rendah - Kawasan berhampiran Tasik Tobari 200 m.
Hasil Bumi : Petroleum, Fosfat, Kromium dan Mangan, Asfal, Bijih Besi, Garam Batu, Marmar, Kalsium Sulfat.


PENDUDUK

Populasi : 17,155,814 (Julai 2002) Kadar pertumbuhan 2.5% (2002) 40,000 orang menetap di Bukit Golan – 20,000 dikalangan Arab (18,000 Druze dan 2,000 Alawites) dan 20,000 pendatang Yahudi yang berada di 42 penempatan (February 2003).
Bangsa : Arab 90.3 - Kurdi, Armenia dan lain-lain 9.7%.
Agama : Islam Sunni 74% - Alawit, Druze dan Etnik Syiah yang lain 16% - Kristian 10% dan Komuniti kecil Yahudi di Damsyik, Qamishli dan Halab.
Bahasa : Arab (bahasa rasmi), Kurdi, Armenia, Aramaik, Carcassi, Perancis dan Inggeris.




KERAJAAN

Nama Negara : Republik Arab Syria.
: Republik di bawah rejim askar sejak 1963.
Ibu Negara : Damsyik.
Kemerdekaan : 17 April 1946 (dari Perancis).
Presiden : Bashar al-Asad (sejak 17 Julai 2000).
Timbalan Presiden : Muhammad Zuhayr Mashariqa (sejak 11 Mac 1984).
Perdana Menteri : Muhammad Naji al-Utri.
Timb. Perdana Menteri : Dr. Muhammad al-Husayn (sejak 13 Disember 2001).
Ahli Kabinet : Dilantik oleh Presiden.


EKONOMI

Pertumbuhan KDNK : 2% (Pertanian 27%, Industri 23% Perkhidmatan Awam 50%) tahun 2000.
Industri : Petroleum, Tekstil, Makanan dan Minuman, Tembakau, Fosfat.
Bajet : Perolehan $5 Billion.
Produk Pertanian : Gandum, Barli, Kapas, Zaitun, Kacang Kuda (Humus), Daging Lembu, Daging Kambing, Telur, Susu, Bit, Kacang Dal (‘Adas).
Eksport : $5 Billion (2001).
Rakan Eksport : Jerman 27%, Itali 12%, Perancis 10%, Turki 10%, Arab Saudi 7% (2000 est.).
Import : $4 Billion (2001).
Rakan Import : Itali 9%, Jerman 7%, Perancis 5%, Lubnan 5%, China 4%, Korea Selatan 4%, Turki 4%, Amerika Syarikat 4% (2000), Thailand 6%.
Bantuan Ekonomi : Menerima $199 Juta.
Matawang : Syrian Pound (SYP) @ Lira Syria. $1=SYP51.5 (2003)





PENGANGKUTAN

Landasan Keretapi : 2750 km (panjang keseluruhan) landasan menghubungi Syria dan Iraq. Diganti pada tahun 2000/2001.
Jalan Raya : Panjang Keseluruhan- 41,451 km.
: Bertar- 9,575 km.
: Tidak Bertar- 31,876 km.
Perlabuhan : Baniyas, Jabla, Latakia, Tartus.
Lapangan Terbang : 9 buah.


KETENTERAAN

Cawangan Ketenteraan : Tentera Arab Syria, Tentera Laut Arab Syria, Tentera Udara Arab Syria, Polis dan Pegawai Keselamatan.
Perbelanjaan Ketenteraan : $921 juta (anggaran dari belanjawan negara)


KONFLIK NEGARA

• Bukit Golan di bawah penguasaan Israel
• Pelan Pengairan Air Turki bagi Sungai Furat (Euphrates) dan Sungai Dajlah (Tigris)
• Konflik Hatay.

10 Disember 2008

KEMANA ARAH KITA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku mulai bicara ini dengan pujian syukur kehadrat ilahi, sembah salawat beserta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad sallallahu alalihi wasalam, penghulu segala nabi dan rasul, ahli keluarga baginda, para sahabat yg agung dan seluruh para tabiin dan penyambung warisan para nabi hingga ke akhir zaman…

Amma ba`du…

Pada hari isnin bersamaan 11 november 2008, aku menziarahi saudara bilal tawakkalna di kedai baiki hp nya dekat Jami Zaid, sambil bertanya khabar, aku juga mebuka topic perbualan tentang lawatannya ke Malaysia baru2 ini. Kata Bilal simple “biasa saja” tujuan bisnes tak sempurna apabila hajat ingin menemui pembekal kereta pencen tak kesampaian. Selaian cerita duka citanya beliau, aku juga turut membuka topic baru tentang pandangan beliau terhadap masyarakat Malaysia…. Kata beliau “bagus” tapi yang kecundangnya apabila disudut yg menjadi fardu kifayah tidak di ambil kisah oleh kebanyakkan masyarakat melayu yg beragama Islam, lebih2 lagi orang2 yg kuat berpegang pada agama, kebanyakan keluaran dan lulusan agama hanya menumpukan perhatian di pusat2 pengajian tanpa mengambil pusing tetang perkara2 yang bersangkutan fardhu kifayah yg lain.
Sambung Bilal lagi, sepanjang berada di Malaysia bermula dari Kuala Lumpur kemudian menziarahi kawan2 lama di kedah kemudian turun ke KL semula dan akhirnya ke Johor, didapati kebanyakkan kedai adalah di monopoli oleh orang bukan Islam, amat jarang sekali melihat orang Islam menjadi tauke di premis2. katanya lagi, Islam tidak melarang kita untuk menjadi kaya, malahan mendorong kita supaya menjadi kaya dan bersyukur. Kisah seorang sahabat nabi yg dikenali sebagai Abdur Rahman Bin Auf, dia adalah orang yg paling kaya di dunia ini apabila dikira semula hasil tinggalan pusakanya sekembalinya beliau ke hadrat ilahi dan Abdur Rahman itu adalah salah seorang sahabat nabi yg mendapat sanjungan sebagai “ahadul mubaysyirin bil jannah”, jadi tiada salahnya untuk kita menjadi kaya. Kata Bilal lagi, rugi sangat keluaran agama terutama yg belajar di Syria jika tidak mengambil pedoman dari masyayikh Syria dalam mentadbir kehidupan mereka di Malaysia.
Dalam hal ini aku terasa kehebatan syaikh Sariah apabila mendorong anaknya Ammar Ar Rifai agar menumpukan kerjayanya di bidang penyiaran, dulu aku sendiri tertanya2, apa faedah yg diperolehi dari melakukan kerja2 sebegini, tapi kini nampak hasil disebalik kerja itu apabila Ammar sendiri dapat menjadi pengarah urusan untuk Qanat Ad Dakwah yg dipancarkan menerusi satellite, dan berpusat di Bahrain. Dan kerjayanya itu mendapat sambutan dikalangan masyarakat setempat. Lebih mengagumkan lagi apabila si Ammar dapat menarik minat golongan muda remaja berkerja bersama beliau disamping memberi tunjuk ajar pada golongan ini agar tidak meninggalkan agama, bila tiba waktu solat diutamakan ibadah dari kerja.
Kata Bilal, kita asyik mengatakan tv membawa kerosakan, internet mendorong kemaksiatan tetapi kita tidak berusaha menggunakan saluran ini kearah kebaikan. Kita sebenarnya mampu mencorak agama menerusi saluran ini.
Bagaikan terngiang-ngiang kata2 dari Ayahnda Al Marhum Al fadhil Ustaz Niamat Yusof agar anak muridnya tidak tersangkut dengan kerja yang akan menghalang kita dari menyampaikan apa yg dipelajari dengan sebenar-benarnya, tetapi berusaha mencari rezki dari sumber lain sambil memenuhi tuntutan masyarakat yang dahagakan ilmu, pesanan ayahnda ini segar kembali apabila di refresh semula oleh Ustaz Zainul Asri yang berkunjung ke Syria baru2 ini. Cukup terasa manfaatnya dan iktibar disebalik pesanan wasiat itu.
Moga kita semua tergolong dalam kumpulan yang sentiasa suka mendengar pesanan dan mengikuti apa yg terbaik dari pesanan itu.
Mohon maaf jika terkasar bahasa dan tersilap biacara.
Keampunan ilahi selalu didambakan dalam menjalani liku-liku kehdupan di alam yang fana ini.

Sekadar cetusan rasa hati.

Wassalam.

Abu Muaz (Ashan)
Ruknuddin, Damascus, Syria.
10 Dis. 2008 01:45

07 Disember 2008

HASNAA FATHINAH & MOHD MUAZ 2



MOHD MUAZ



MOHD MUAZ
Dilahirkan Di Hospital Al Mahaini, Dasccus, Syria.
Pada tarikh : 11 Oktober 2008.
Hari sabtu.





MOHD MUAZ






MOHD MUAZ & HASNAA FATHINAH



HASNAA FATHINAH
Dilahirkan Di Hospital Al Mahaini, Dasccus, Syria.
Pada tarikh : 6 Oktober 2007.
Hari sabtu.









MOHD MUAZ

KHALID AL WALID r.a PAHLAWAN ULUG

masjid khalid al walid
MASJID KHALID AL WALID DI HOMS, SYRIA.




KHALID bin al-Walid panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Beliau selalu ke medan perang sejak zaman Rasulullah hingga pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Bagaimanapun, sebelum memeluk Islam, beliau termasuk di kalangan orang Musyrikin yang bermusuh dengan Nabi Muhammad. Beliau selalu menghalang usaha dakwah Muhammad sehingga setiap kali pulang hatinya berkecamuk memikirkan mana baik dan buruk.

Melalui satu riwayat, Khalid menceritakan: “Ketika Allah mahu memberikan kebaikan kepada aku, Dia menanamkan dalam hati aku keinginan untuk memeluk Islam dan memberikan petunjuk kepada aku.

“Aku berkata, sesungguhnya aku mengikuti setiap peperangan menentang Muhammad, sedangkan tiada satu pun di antara sekian banyak peperangan yang aku ikuti kecuali ketika pulang hati aku menyatakan bahawa langkah yang aku tempuhi ini tiada manfaatnya dan aku yakin Muhammad pasti akan selalu mendapat kemenangan.

“Ketika Nabi Muhammad dan sahabat ke Hudaibiyah, aku juga berangkat bersama pasukan berkuda orang Musyrikin. Lalu aku bertemu dengan Rasulullah bersama sahabat Baginda yang sedang berada di Usfan (tidak jauh dari Makkah). Aku berusaha menghalangi Baginda.

“Pada waktu itu Baginda dan sahabat menunaikan solat Zuhur bersama kami. Justeru, terdetik dalam hati kami untuk menyerang Baginda dan sahabat. Tetapi, rancangan itu dibatalkan

“Kemudian Baginda dan sahabat menunaikan solat Asar secara khauf (kerana bimbang diserang musyrikin). Hati kami yakin bahawa Baginda mengetahui rancangan kami. Lalu aku berkata, orang ini (Muhammad) dilindungi. Selepas itu rombongan Baginda meninggalkan kami dan mengambil jalan sebelah kanan.

“Selepas orang Quraisy mengadakan perjanjian Hudaibiyah dengan Baginda dan sepakat terhadap kandungannya, hati aku terdetik; sekarang apa yang masih tinggal. Ke mana aku mahu pergi? Adakah aku perlu pergi kepada Raja Najasyi. Sesungguhnya dia sudah memeluk Islam dan sahabat di sana mendapat perlindungan daripadanya dan hidup aman.

kata2 khalid al walid
KATA-KATA KHALD AL WALID SEBELUM WAFAT
"AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BANDAKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG YANG PENGECUT"



“Apakah aku pergi saja kepada Maharaja Romawi. Jika ke sana mungkin aku perlu menukar agama kepada Nasrani atau Yahudi dan terpaksa tinggal di sana sebagai orang asing.

“Akhirnya aku memilih tinggal di tempat sendiri bersama orang yang belum memeluk Islam. Ketika aku dalam keadaan buntu memikirkan perkara itu tiba-tiba terdengar berita bahawa Rasulullah akan ke Makkah untuk melakukan umrah qada.

“Jadi, aku segera bersembunyi sehingga aku tidak melihat beliau memasuki Makkah. Ketika itu saudara aku, Walid bin Walid juga bersama-sama Rasulullah untuk menunaikan umrah. Dia pun mencari aku, tetapi gagal. Kemudian saudara aku menulis surat kepada aku:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih menghairankan aku daripada hilangnya akal kamu daripada Islam, sedangkan kamu adalah orang yang paling bijak berfikir sehingga tahu membezakan yang benar dan palsu.

makam khalid al walid
MAKAM KHALID AL WALID DALAM MASJID DI HOMS, SYRIA.



“Adakah agama seperti Islam tidak difahami oleh seseorang? Sesungguhnya Rasulullah sentiasa bertanya kepada aku mengenai diri kamu? Di manakah kamu Khalid? Aku menyatakan pada beliau, kelak Allah akan membawakannya..."

HASNAA FATHINAH & MOHD MUAZ 1


HASNAA FATHINAHA





HASNAA FATHINAH & MOHD MUAZ




HASNAA FATHINAH





HASNAA FATHINAH




HASNAA FATHINAH

MA'LULA

Dalam bahasa Aramaik, Ma`lula berarti “tempat masuk”. Perkampungan ini terletak di kawasan pergunungan setinggi sekitar 1500 meter dari paras laut dan jaraknya 56 kilometer dari Bandar Damsyik. Kampung ini berada diantara dua buah kampung Naja` dan Juba`din yang kesemua penduduknya masih bertutur dalam bahasa Aramek, bahasa anak murid nabi Isa alaihe salam yang telah berlindung di kampung ini setelah dikejar oleh tentera Rum yang mengaggap agam kristian adalah musuh bagi Kerajaan Rum pada waktu itu.
Disini juga pelancong dapat menyaksikan rumah-rumah yang diperbuat dengan cara menebuk bukit, seakan-akan rumah-rumah itu bergantungan di dinding bukit.