07 Disember 2008

KHALID AL WALID r.a PAHLAWAN ULUG

masjid khalid al walid
MASJID KHALID AL WALID DI HOMS, SYRIA.




KHALID bin al-Walid panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Beliau selalu ke medan perang sejak zaman Rasulullah hingga pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Bagaimanapun, sebelum memeluk Islam, beliau termasuk di kalangan orang Musyrikin yang bermusuh dengan Nabi Muhammad. Beliau selalu menghalang usaha dakwah Muhammad sehingga setiap kali pulang hatinya berkecamuk memikirkan mana baik dan buruk.

Melalui satu riwayat, Khalid menceritakan: “Ketika Allah mahu memberikan kebaikan kepada aku, Dia menanamkan dalam hati aku keinginan untuk memeluk Islam dan memberikan petunjuk kepada aku.

“Aku berkata, sesungguhnya aku mengikuti setiap peperangan menentang Muhammad, sedangkan tiada satu pun di antara sekian banyak peperangan yang aku ikuti kecuali ketika pulang hati aku menyatakan bahawa langkah yang aku tempuhi ini tiada manfaatnya dan aku yakin Muhammad pasti akan selalu mendapat kemenangan.

“Ketika Nabi Muhammad dan sahabat ke Hudaibiyah, aku juga berangkat bersama pasukan berkuda orang Musyrikin. Lalu aku bertemu dengan Rasulullah bersama sahabat Baginda yang sedang berada di Usfan (tidak jauh dari Makkah). Aku berusaha menghalangi Baginda.

“Pada waktu itu Baginda dan sahabat menunaikan solat Zuhur bersama kami. Justeru, terdetik dalam hati kami untuk menyerang Baginda dan sahabat. Tetapi, rancangan itu dibatalkan

“Kemudian Baginda dan sahabat menunaikan solat Asar secara khauf (kerana bimbang diserang musyrikin). Hati kami yakin bahawa Baginda mengetahui rancangan kami. Lalu aku berkata, orang ini (Muhammad) dilindungi. Selepas itu rombongan Baginda meninggalkan kami dan mengambil jalan sebelah kanan.

“Selepas orang Quraisy mengadakan perjanjian Hudaibiyah dengan Baginda dan sepakat terhadap kandungannya, hati aku terdetik; sekarang apa yang masih tinggal. Ke mana aku mahu pergi? Adakah aku perlu pergi kepada Raja Najasyi. Sesungguhnya dia sudah memeluk Islam dan sahabat di sana mendapat perlindungan daripadanya dan hidup aman.

kata2 khalid al walid
KATA-KATA KHALD AL WALID SEBELUM WAFAT
"AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BANDAKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG YANG PENGECUT"



“Apakah aku pergi saja kepada Maharaja Romawi. Jika ke sana mungkin aku perlu menukar agama kepada Nasrani atau Yahudi dan terpaksa tinggal di sana sebagai orang asing.

“Akhirnya aku memilih tinggal di tempat sendiri bersama orang yang belum memeluk Islam. Ketika aku dalam keadaan buntu memikirkan perkara itu tiba-tiba terdengar berita bahawa Rasulullah akan ke Makkah untuk melakukan umrah qada.

“Jadi, aku segera bersembunyi sehingga aku tidak melihat beliau memasuki Makkah. Ketika itu saudara aku, Walid bin Walid juga bersama-sama Rasulullah untuk menunaikan umrah. Dia pun mencari aku, tetapi gagal. Kemudian saudara aku menulis surat kepada aku:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih menghairankan aku daripada hilangnya akal kamu daripada Islam, sedangkan kamu adalah orang yang paling bijak berfikir sehingga tahu membezakan yang benar dan palsu.

makam khalid al walid
MAKAM KHALID AL WALID DALAM MASJID DI HOMS, SYRIA.



“Adakah agama seperti Islam tidak difahami oleh seseorang? Sesungguhnya Rasulullah sentiasa bertanya kepada aku mengenai diri kamu? Di manakah kamu Khalid? Aku menyatakan pada beliau, kelak Allah akan membawakannya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan