Aku doakan semoga semua sahabat muslimin muslimat sihat sejahtera selalu dan redha menerima apa jua dugaan dan ujian dari Allah yang maha kuasa, ingat lah.. kita hanya merancang tuhan yang menetukan..
Sebelum aku panjangkan bicara di era siber ini elok aku ingatkan semua sahabat2.. kalau hampa semua nak melancong ke luar negara….
"JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN DAN SURAT BERANAK".
Aku tekankan pesanan ini kerana aku baru sahaja selesai uruskan aduan kehilangan passport makcik Hasnah yang datang melawat ke Syria tiga minggu lepas.
Punya la boring, marah, bengang dan segala2nya ada, bila berurusan dengan pihak emigration dan polis disini. Lambat tu satu hal dah kemudian nak kena ketuk satu persatu. Pelincr dah bagi tapi tak jalan2 jugak. Itu lah hakikat berurusan dengan emigration kat sini.
Berbalik kepada pesanan aku tadi, memang orang selalu sebut buat apa bawa IC dan surat beranak keluar Negara, cukup dengan passport saja, di dinding bangunan emigration Damascus pun di maklumkan perkara yang sama "bithoqah hawiyah (IC) tak perlu di bawa keluar Negara kerana hanya passport sahaja yang sah", aku berasa macam nak tegur ja pegawai emigration kat sini sebab letak iklan macam tu, kenyataan tu tak betul sebab berdasarkan pengalaman aku uruskan kehilangan passport makcik Hasnah ni perkara pertama yang diminta bila nak buat aduan kehilangan passport ialah IC atau surat beranak, jadi kedua benda ini sangat perlu, polis di Jawazat (emigration) minta benda tu sebagai bukti lain tentang diri pemohon. Jika difikirkan balik memang ada betulnya, dengan bukti apa kita nak buat pengesahan bahawa makcik Hasnah ni orang yang sebenarnya hilang passport? Selain untuk buat semakan semula dalam daftar komputer sememangnya memerlukan ejaan yang tepat tentang
diri pemohon.
Syukur Allhamdulillah otak aku boleh fikir juga perkara itu sebelum aku mulakan apa2 urusan, aku minta paksu maklumkan kepada makcik Hasnah supaya minta keluarga di Malaysia fakskan IC dan surat beranak ke Syria segera.
Al kisah bermula pada hari Isnin jam 5 pagi 18.5.2009, maksu call aku maklumkan passport makcik Hasnah hilang dan dia tak tau nak buat macam mana sambil masa juga terlalu sempit dengan program utama dia datang ambil ijazah al quran di sini, setelah sembang agak lama aku tetapkan jam 11 pagi aku akan datang ke rumah sewa dia di Masakin Barzeh.
Terus terang aku bagitau diorang aku belum pernah uruskan kes semacam ini tapi setahu aku perkara pertama kena buat ialah membuat laporan di balai polis terlebih dahulu, maka bermula lah langkah pertama dengan mencari "Mahfar Syurthoh" terlebih dahulu.
Awalnya aku ingatkan mana2 balai polis sesuai untuk aku buat aduan lalu aku bawa paksu, maksu dan makcik Hasnah dalam keadaan panas litlit di bawah terjahan mentari jam 12 tengahari kami berjalan kaki ke balai polis Qabun, pada perkiraan aku di balai polis ini adalah tempat yang sesuai untuk aku buat aduan kerana ini adalah balai polis yang terdekat dengan rumah sewa makcik Hasnah.
Aku cukup takut berurusan dengan polis dan emigration kat sini, takut kerana pasti aku akan jadi bola dan akan di tendang kesana kesini, itu pengalaman aku menguruskan passport kawan2 yang sangkut di emigration dan juga kawan2 yang terkadang sangkut di airport bahkan ada yang tak dibenarkan masuk lansung ke Syria dan dihantar pulang balik ke Malaysia. Bila rujuk ke balai polis airport, diorang hanya kata khamsa daqaik (lima minit) lagi akan selesai, tapi setengah jam pun belum tentu ada apa2. Terkadang silap tuju pun ada jugak jadi kerja tak selesai sebab silap masuk. Jadi kena pandai2 la atur kerja, kalau Tanya orang kena chek dulu betul ke tak maklumat yang diberi.
Setelah sampai di balai polis Qabun aku terus maklumkan kepada pegawai yang bertugas disitu tentang hajat kami, aku maklumkan kepada polis tu tentang kehilangan passport makcik dan nak buat aduan kehilangan passport. Panjang jugak aku cerita. Kemudian aku tengok polis tu borak sat dengan kawan2 dia dan maklumkan kepada kami bahawa segela cerita aku tadi tak diterima di sini dan aku kena buat aduan ni dibalai polis Masakin Barzeh sebab rumah sewa makcik di kawasan Masakin Barzeh.
Terasa macam api menyala2 atas kepala aku dan hampir meletup bila polis tu kata dia tak terima aduan ini, penat aku cerita berjela2 dan jawapan nya aku kena pi balai polis Masakin Barzeh. Kalau dia bagi tau awal2 tak la aku termengah2 cerita kat dia.
Keluar balai polis kami ambil teksi terus ke balai pilis Masakin Barzeh, dan cerita yang sama aku maklumkan kepada seorang polis disana, namun jawapan yang diberi lain sikit dari polis di Qabun. Kata polis tu aku kena ke Jawazat (Emigration) di Marjeh terlebih dahulu dan segala aduan tentang kehilangan passport akan bermula di Jawazat Marjeh sebab polis di Masakin ni tak boleh buat apa2 aduan kecuali mendapat pengesahan bertulis dari pihak Jawazat dan aku diberitakan akan mendapat surat pengesahan itu dari Jawazat Marjeh. Sebenarnya aku kurang arif dengan apa yang dinyatakan lalu aku minta polis tu tulis atas kertas apa yang dia nak dari Jawazat Marjeh. Atas sekeping cebisan kertas polis tu tulis apa yang aku perlukan di jawazzat Marjeh. Disebabkan semua dah letih dan hari semakin petang dan ditambah pula IC dan surat beranak belum kami dapat kami sepakat akan sambung urusan ini esok pagi dan aku pulang ke rumah seorang diri. Aku rasa macam bola yang
ditendang2 bila disuruh kesana kesini tapi kerja tak jalan2 lagi.
Jam 8.30 pagi hari kedua. Aku memang dah stanby hadapi suasana di Jawazat Marjeh dengan manusia yang penuh sesak dan berhimpit2 dalam ruang yang kecil, dengan pengurusan yang agak kelam-kabut, bertolak kesana kesini.
Aku minta makcik tunggu sahaja di bawah dan aku akan masuk bangunan Jawazat seorang diri, aku terus ke kaunter jual borang khas untuk aduan di Jawazat Marjeh harga 25 lera, kemudian aku beli setem 10 lera dan upah pakcik tulis aduan 25 lera. Kemudian aku terus ke bilik komputer untuk buat semakan, tapi permohonan aku ditolak sebab tiada apa2 bukti pengesahan diri makcik Hasnah dan susah untuk buat pengesahan.
Aku terus call paksu dan dia maklumkan dia berada di Beramkih untuk dapatkan faks IC dan surat beranak.
Setelah aku dapat IC dan surat beranak setengah jam kemudian aku terus ke bilik komputer dan buat semakan, Alhamdulillah diterima walau pun IC makcik tak jelas.
Segala maklumat masuk ke Syria ditulis di atas kertas aduan dan aku ucap terima kasih kepada pegawai tu sambil hulur 100 lera, tersenyum dia bila salam aku berisi. Dan aku diminta ke bilik sebelah berjumpa polis Umar.
Aku tak kenal mana satu Umar, aku redah saja mana2 polis sambil aku Tanya "Umar…Umar" tapi aku ditunjuk ke meja sorang budak muda yang beruniform seperti pegawai lain. Tak ada senyum, asyik muka masaalah ja. Tapi disebabkan aku terpaksa jumpa dia, aku buat2 senyum. Dan dia Tanya aku macam2 antaranya siapa makcik ini, apa hubungan aku dengan makcik ini, dalam keadaan tertekan aku jawab satu persatu. Dan Alhamdulillah selesai juga urusan di Jawazat ini dan kemudian aku di minta ambil tanda tangan di Ibu Pejabat Polis di jalan Khalid bin Walid. Dan setelah itu baru lah ke balai polis Masakin Barzeh untuk buat aduan kehilangan passport. Letih juga aku di buatnya.
Jam 12 tengahari kami sampai di balai polis Masakin dan terus buat aduan setelah segala surat dari Jawazat kami tunjukkan. Polis mengambil maklumat satu persatu secara detail dan turut juga di ambil semua maklumat aku, tempat tinggal, no hp, umur aku dan maklumat passport aku.
Selesai aduan di buat pegawai polis tu minta aku datang semula esok pagi untuk ambil salinan aduan, tapi aku minta agar disegerakan salinan aduan ini sebab bajet aku dan permintaan dari maksu agar semua urusan ini selesai sebelum jam 9 pagi esok (20.5.2009) sebab esok adalah jadual penerbangan asal untuk pulang ke Malaysia.
Aku minta sungguh2 untuk pegawai polis tu yang aku kenali dengan nama Isa agar siapkan segera aduan yang aku nak tu. Aku cuba umpan dia dengan pelincir (LS 500) dan kalau siap segera tambahan akan menyusul.
Terus ja polis tu cakap : "aku sebenarnya nak tolong hang sangat2 dan paling awal aku boleh siap jam 9 malam ni sebab pegawai yang akan tanda tangan ini akan datang jam 7 malam ini".
Aku terasa lega bila urusan aduan ini hampir selesai, jam 9 malam ni aku akan dapat aduan dan terus ke kedutaan dan buat Surat Akuan Cemas (passport baru) kata hati ku.
Jam 8 malam selepas selesai solat maghrib di Masakin Barzeh, aku ajak paksu dan Leh Razak ke balai polis untuk ambil aduan yang dijanjikan siang tadi.
Setelah sampai aku terus bertemu dengan Isa dan minta aduan yang aku nanti2kan.
Isa minta aku tunggu di bawah dan dia naik ke tingkat empat, setelah 15 minit dia turun dengan tangan kosong dan minta aku naik ke atas jumpa dengan seorang pegawai lagi.
Aku dah rasa lain macam "mesti tak siap lagi" detik hatiku. Dan memang tepat sangkaan aku, pegawai yang seorang lagi memaklumkan aduan ini tak akan keluar disini dan aku kena ambil aduan ini di Ibu Pejabat Polis di Jalan Khalid Al Walid dan dia minta aku hadir di balai polis ini jam 8.30 pagi esok untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis besar.
Geram, marah, begang semuanya ada. Aku rasakan memang polis2 ni mainkan aku, siang tadi janji malam ni siap tapi sampai sekarang hampeh pun tadak. Boring betul.
Aku terus turun ke tingkat bawah dan senyum terpaksa dekat Isa, dia ikut aku turun sama sampai ke luar bangunan, dan dia minta tambahan lagi dari aku, dan aku cakap tak ada sebab kerja tak jalan, tapi dia bagi alasan dia dah ushakan tapi tak dapat juga.
Kesian aku tengok dia meminta2 dan aku hulur lah LS 200 dan aku terus balik ke Masakin Barzeh dengan rasa bengang yang teramat sangat.
20.5.2009 jam 8 pagi aku bertolak dari rumah - Ruknuddin naik teksi ke Masakin untuk jemput makcik Hasnah dan makcik Zawiyah. Dan jam 8.32 pagi aku sampai dibalai polis Masakin dan terus ke tingkat tiga tempat untuk aku ambil aduan semalam. Di pintu masuk bilik ini tertera perkataan "Al Qalam", apa maksud tidak lah aku ketahui, Cuma sepengetahuan aku "Qalam" maksudnya pen.
Tunggu punya tunggu punya tunggu jam di tangan aku menunjukkan jam 9 pagi dan tak ada apa2 tindakan lagi yang dibuat.
Bila aku tanya, polis di bilik tu cakap depa tengah tunggu "Murasil" dari Ibu Pejabat Polis besar, aku terima alasan mereka dan aku tunggu.
Jam 9.15 muncul seorang muda yang berpakain seragam serba hijau dan polis dalam bilik Qalam perkenalkan kepada aku ini lah "Murasil", dia akan bawa aduan aku ke Ibu Pejabat Polis besar dan aku akan ambil dari sana.
Jam 9.30 pagi belum ada apa2, aku meloko sahaja menunggu macam orang bodo.
Disebabkan dah bosan melengung aku tanya depa "bila nak siap?", dan seorang polis minta aku cam betul2 seorang polis yang aku kenal dengan nama Qusai, kerana dia akan bawa aduan aku ke Ibu Pejabat Polis besar dan minta ku jumpa Qusai disana jam 11 pagi. Aku rasa cara ini kurang kena, aku Tanya Qusai kalau2 dia ada hp.
Kata Qusai : "hp ada tapi kredit tak ada".
Nak tergelak juga aku, dan aku kata kat Qusai : "hang tadak kredit nanti hang send mesej kat aku guna program "hakini mafi ni ehki" di MTN pastu aku akan call hang".
Empat orang polis dalam bilik tu ketawa dan aku dengar seorang dari depa kata : "hampa tengok orang Malizi ni tahu banyak benda tentang Syria"
Tapi seorang polis lagi mencelah: "tak apa, hang tunggu saja Qusai di Ibu Pejabat Polis di Jalan Khalid Al Walid jam 11 nanti senang cerita".
Setelah sepakat dengan keputusan terakhir, aku, makcik Hasnah dan makcik Zawiyah balik ke Masakin Barzeh disebabkan depa tak sarapan apa2 lagi dan aku melilau kat Masakin seorang diri.
Jam 10.30 pagi kami ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Khalid Al Walid dan aku berjumpa dengan Qusai dan dia bawa aku dan makcik Hasnah ke bilik Penolong Ketua Polis Damascus untuk dapatkan tanda tangan sahaja kemudian baru lah diserahkan aduan yang aku pulun dapatkan semenjak dua hari lepas.
Setelah aku pegang surat aduan tu, Qusai minta pula aku bawa surat tu ke bahagian "Murasil" (bahagian hantar surat dalaman) dan diminta aku rujuk surat tersebut di Jawazat Marjeh jam 1 nanti. Pening juga aku, ingatkan dah selesai, rupanya ada lagi kena buat. Nak saja aku tunggu di Ibu Pejabat Polis tu sebab takut jam satu nanti pun tak sampai lagi. Tapi aku akur pada arahan yang diberikan.
Jam ditangan aku baru pukul 11.30 tengahari, demi menunggu jam satu tengahari nanti, aku bawa makcik Hasnah dan makcik Zawiyah pergi melawat Takia Sulaimaniyah untuk mengisi ruang masa yang ada. Kemudian solat Zohor di masjid dekat Jawazat.
Tepat jam satu tengahari aku rujuk ke Jawazat tempat aku mula2 buat aduan. Namun aku hampa setelah dapat jawapan yang surat aku belum lagi diterima oleh pihak Jawazat disini.
Aku buntu tak tahu nak buat apa dan selang setengah jam aku akan rujuk semula ke pegawai yang aku kenali sebagai Umar.
Jam 2.30 aku rujuk lagi ke Umar dan aku tengok Umar dah pening dengan keadaan kelam kabut dan orang yang bersesak2 dalam ruang bilik yang kecil. Dengan muka tak puas hati dia cuba marah aku : "surat hang tak sampai lagi, aku tak boleh nak proses".
Dengan berani pula aku menjawab disebabkan aku pun panas juga : "dah tu apa yang aku boleh buat, pihak sana cakap jam satu tengahari surat aku akan sampai".
Balas Omar : "hang rujuk semula kesana".
Aku jawab : "kan senang kalau hang bagitau aku awal2 lagi".
Dan aku terus belah dan berjalan kaki seorang diri ke Ibu Pejabat Polis besar.
Setelah aku minta izin di pintu masuk, aku terus ke bilik "murasil" dan Tanya tentang surat aku. Dan aku dibawa ke sebuah bilik.
Setelah diperiksa, memang surat aku masih disini, terbakar juga aku tapi apa boleh buat sebab ini negara orang.
Aku diminta supaya balik ke Jawazat tapi aku menolak dan aku minta agar surat tersebut aku bawa sendiri ke Jawazat. Namun seorang pegawai disitu minta aku tunggu di luar. Selang beberapa minit seorang "murasil" datang jumpa aku dan membawa aku bersama surat itu ke Jawazat menaiki motor di tengah Bandar Damscus, aku lihat orang ramai memandang2 aku, orang ajanib naik motor dan dengan polis pula dalam Bandar Damscus.
Semasa sampai di Jawazat aku lihat ramai pegawai dah bersiap sedia untuk balik ke rumah kerana waktu bertugas hampir selesai. Kalut juga aku di buatnya dan berlari kesana kesini demi menyelesaikan urusan dengan Jawazat hari ini juga.
Selesai di Jawazat sini aku diminta ke bangunan Jawazat sebelah lagi untuk salinan aduan dengan komputer kerana salinan yang ada hanyalah menggunakan tulisan tangan sahaja.
Jam 3.15 urusan salinan komputer selesai dan aku diminta kembali ke bangunan awal untuk pengesahan. Setelah cop dan tanda tangan aku perolehi, baru lah aku menhela nafas lega bila semua urusan dengan Jawazat sudah selesai, yang tinggal untuk ke "kharijiyah" untuk dapatkan cop pengesahan terakhir dan kemudian ke kedutaan untuk dapatkan Surat Akuan Cemas.
Khamis 21.5.2009 jam 8 pagi aku ke Marjeh untuk terjemah aduan polis dan kemudian ambil cop di bangunan hadapan mahkamah, setelah itu aku ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Khalid Al Walid untuk mengesahkan bahawa surat aduan tersebut benar dari balai polis Masakin Barzeh, kemudian baru lah aku ke "Kharijiah" dan terus ke Kedutaan Malaysia di Mezzeh.
Jam 11 pagi aku sampai di Kedutaan dan paksu, maksu, makcik Hasnah dan makcik Zawiyah sedang menunggu aku.
Setelah borang permohonan Surat Akuan Cemas selesai diisi, aku serahkan semua dokumen yang diminta kepada Omar (KAT kedutaan Malaysia Syria) dan Omar memaklumkan bahawa surat akuan cemas akan siap pada hari Ahad pagi dan tidak boleh disiapkan hari ini kerana kini pihak kedutaan sedang sibuk menyusun dan membuat persediaan kunjungan rasmi Manteri Luar Malaysia ke Syria. Namun aku minta sangat2 agar disiapkan seberapa segera urusan ini dan dia berjanji akan ushakan permintaan aku.
Ahad jam 10 pagi aku ke Kedutaan dan ambil surat akuan cemas kemudian aku ke Jawazat Marjeh lagi untuk dapatkan cop keluar dari Syria.
Peroses permohonan cop keluar bermula di bahagian komputer untuk mengambil maklumat masuk, namun maklumat yang di cari tak di temui dan aku cuba tengok di screen komputer, rupanya ada silap ejaan nama bapa makcik Hasnah - YAHYA seperti yang tetera dalam surat akuan cemas, dan aku cuba perbetulkan dalam komputer menjadi YAHAYA dan kami dapat semua maklumat di ingini. Namun aku diminta ke kedutaan semula untuk membuat pembetulan kerana bimbang akan jadi masaalah bila nak keluar nanti.
Bengang juga aku, aku tak nampak muka lain kecuali Omar, aku terus call Omar dan aku maklumkan masaalah yang aku hadapi dengan nada yang tenang walau pun dalam hati dah rentung terbakar. Mujur Omar dahulukan dengan minta maaf, kalau tidak aku pasti sembur dia.
Selesai pembetulan nama dibuat aku sambung urusan di Jawazat dan aku harapkan tiada apa2 masaalah lagi akan timbul.
Jam 12.30 selesai semua urusan dan akhirnya makcik Hasnah dapat juga surat akuan cemas menggantikan passport yang hilang hari Selasa lepas.
Syukur Alhamdulillah segalanya selesai, dan tugas aku seterusnya, susun semula dokumen2 untuk diberikan kepada makcik Hasnah dan juga jumlah wang yang telah digunakan sepanjang mengendalikan urusan passport hilang ini.
Pesan aku kepada semua sahabat2 yang akan berkunjung ke luar Negara, bawa lah surat beranak dan IC atau pun bawa salinan kerana ia amat berguna bila passport hilang atau pun buat salinan dalam email, bila nak guna print saja. Dan yang utama sekali jaga lah passport anda kerana ia seakan nyawa anda bila berada di luar negara dan buat juga salinan sebagai rujukan.
Dan sapa2 yang kehilangan passport dan ingin mohon bantuan aku, call lah aku, jika ada masa aku akan bantu sedaya termampu, Insya Allah.
Wassalam.
Perbelanjaan menguruskan passport hilang sebanyak RM 350. bayaran adalah termasuk pengurusan, tips dan tambang teksi.
Sent from my I-Mate via yahoo Go - MTN
Salam ustaz yang mulia ,
BalasPadamSaya nak ke Syria 24Sept ni selama 3 bulan insyaAllah perlu tempat tinggal kongsi bayar .Saya akan belajar di Maahad Lugha.
Kalau ustaz boleh tolong rekomen saya contact kat Dimashq saya ucapkan bebebanyak TQ .
Terima kasih dan selamat Eid Mubarak
Sabirin M Ali
sabirin@gmail.com