Markaz Lughah
Pusat Pengajian Bahasa
Markaz Lughah
Pengenalan
Markaz Lughah atau Pusat Pengajian Bahasa adalah pusat pengajian di bawah kelolaan pentadbiran Universiti Damascus. Ia mempunyai pelbagai kelas-kelas bahasa seperti Bahasa Arab, Perancis, Jepun, Inggeris, Jerman, Turki dan lain-lain. Guru-guru yang mengajar di pusat ini selalunya terdiri dari kalangan pelajar atau pensyarah keluaran dari Universiti Damascus sendiri. Lokasinya terletak berhampiran Fakulti Sastera (Adab), Universiti Damascus. Pengajian yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sini hanyalah pengajian Bahasa Arab sahaja.
Sistem Pengajian Markaz (Pengajian Bahasa Arab)
Markaz ini menyediakan lima tahap pengajian mengikut level atau tahap pelajar.
Setiap satu tahap pengajian hanya selama dua bulan sahaja.
Peperiksaan diadakan pada minggu terakhir kursus.
Waktu pengajian (mengikut perubahan) bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari(bagi sesi pagi) dan 1.00 petang sehingga 4.30 petang (bagi sesi petang).Waktu belajar dipilih oleh pelajar sendiri.
Hari pengajian bermula dari hari Sabtu sehingga hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat cuti.
Pelajar perlu ditemuduga (muqabalah) bagi menentukan tahap masing-masing.
Tahap Pengajian
Terdapat 5 tahap pengajian yang sediakan oleh markaz ;
Tahap pertama : KELAS PERMULAAN terbahagi kepada dua:
A. Permulaan A (Mubtadik)
B. Permulaan B (Mutaqaddim)
Tahap kedua
Tahap ketiga
Tahap keempat
Tahap kelima
Sijil Tamat pengajian akan diberikan setiap kali tamat kursus.
Kitab
Kitab yang digunakan ialah kitab asas untuk belajar Bahasa Arab. Setiap dua tahap mengunakan kitab yang sama.
Syarat-syarat kemasukan
Syarat-syarat kemasukkan adalah seperti berikut ;
• Surat sokongan dalam bahasa arab (asli) dari kedutaan ataupun konsol ataupun persatuan pelajar.
• 1keping salinan terjemahan pasport yang bercop.
• 5 Gambar berukuran pasport.
• Surat pengesahan bebas dari AIDS yang diambil di Pusat Ujian Darah di Syria.
• Pelajar dikehendaki mengisi borang kuning yang disediakan oleh Institut.
Yuran
Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut (mengikut perubahan)
Setiap pengajian selama 2 bulan USD 200
Ujian kemasukan 300L.S.
Ma`ahad Lughah
Institut Bahasa Arab
Maahad Lughah
Arabic Teaching Institute for Foreigners
Pengenalan
Institut ini ditubuhkan dan bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Republik Arab Syria pada tahun 1973 yang terletak di Mazzah, Damascus . Tujuan penubuhan adalah untuk memperluaskan pengunaan bahasa Arab disamping memperkenalkan budaya masyarakat Arab kepada dunia luar. Institut ini juga menerima pelajar dari mana-mana negara dari seluruh dunia.
Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar terdiri dari guru-guru lelaki atau perempuan yang berpengalaman khusus dalam mengajar pelajar asing. Guru-guru disini mengunakan seluruh teknik pengajaran bahasa seperti;
• Perbualan
• Menulis
• Mendengar
• Pemahaman
• Bacaan
Kesemua teknik ini diterapkan bukan hanya dikhususkan di dalam bilik kelas, tetapi juga dipraktikkan melalui kegiatan-kegiatan luar kelas (ko-kurikulum) seperti;
• Menonton video atau cinema sejarah
• Rehlah
• Melawat tempat-tempat bersejarah
• Dan lain-lain.
Sistem Pengajian
Ma'ahad ini menyediakan dua pengajian khas untuk pengajian Bahasa Arab.
• Pengajian Musim Sejuk.
Pengajian ini bermula dari 1hb Oktober sehingga 15hb. May (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 2 minggu.
• Pengajian Musim Panas.
-Pengajian ini bermula dari 1hb jun sehingga 15hb September (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 1 minggu.
Waktu dan Hari Pengajian
- Waktu pengajian bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
- Hari pengajian adalah bermula pada hari Isnin sehingga Khamis (Jumaat dan sabtu cuti)
Tahap Pengajian dan Peperiksaan
Terdapat 4 tahap pengajian yang sediakan oleh ma'ahad ;
• Tahap pertama : KELAS PERSEDIAAN : (mubtadik)-Asas
• Tahap kedua : KELAS AWAL : (awal)-Perbualan
• Tahap ketiga : KELAS PERTENGAHAN : (mutawasit)- Penulisan
• Tahap keempat : KELAS AKHIR : (thani)-Karangan, ia terbahagi kepada dua iaitu;
1. Kelas Akhir Tinggi (A)
2. Kelas Akhir Bawah (B)
salam...
BalasPadamana teringin nak belajar lughah di syria... mungkin pada bulan jun 2009 ni.masalahnya, ana tak cukup maklumat tntg sistem di sana..
ada tak student perempuan yang ana boleh contact tentang tempat penginapan, sisitem pelajaran, macamana situasi safar mar'sh di syria dan sebagainya...
harap boleh beri balasan lebih lanjut..jazakallah
-adilmuqsith@gmail.com-