Selesai aku berwuduk dan solat isyak, aku on internet dan cek cuaca terkini di Damascus Syria melalui ruangan yahoo, terkejut aku bila tengok di screen lap top aku, suhu semasa di Damascus -3, boleh beku wo, kalau hujan turun ni mesti salji turun ikut sama, dah soh dah ayaq atas jalan mesti jadi ais, sejuk…sejuk… Mujoq la aku dah stanby dua ekor lembu yg sentiasa menemani aku bila aku kat rumah, dia setia dengan aku bila aku kesejukan, dia sanggup aku pijak demi memberi haba panas kat kaki ku.
Lembu kesayangan ku yang tinggal mata satu
Kata mak aku, kalau nak tau dalam badan kita ni sejuk ka panas cuba pegang hidung, kalau sejuk maknanya dalam badan kita sejuk lah, kalau panas maknanya dalam badan kita panas lah, lalu aku pegang hidung aku alhamdulillah ok pastu aku pegang plak hidung anak2 ku, pun ok, sebab budak2 kecik ni kena jaga betui2, silap hari bulan demam, naya aku. Aku pegang sekali lagi hidung aku dan aku rasa agak sejuk berbanding anak aku sebab aku ni malas pakai baju banyak lapis, renyah.
Biasanya anak aku lepas aku mandikan dia aku pakai kan baju berlapis2, mula2 aku pakaikan siglet setelah aku sapu minyak panas kat dada & belakang dia, pastu aku sapu pulak minyak panas tu kat tapak kaki dia kemudian aku sarungkan kaki dia dengan sejenis seluar yang bini aku sebut “kolon”, ntah betui ntah salah aku tak tau ejaan dia, tapi yang pasti seluar tu bini aku panggil kolon, rupanya macam seluar panjang dan bersambung terus dengan stokin. Setelah aku pakai kan kolon, aku sarungkan pulak baju lengan panjang berkain tebal supaya anak aku tak rasa sejuk, pastu aku pakaikan seluar satu lagi. Kalau sejuk sgt2 aku kena pakaikan dia tikus yang bini aku beli minggu lepas. Memang renyah musim sejuk ni, tapi itu lah hakikat hidup di Negara yang mengalami empat musim, mau tak mau kita terpaksa harunginya. kalau tak buat apa yang sepatutnya, sakit pun mula lah nak mai....mmmmm....letih...
Terkadang tu terasa boring ja bila tiba musim sejuk ni, ya lah, dalam rumah kena pakai stokin, lepas mandi kena sapu losyen, pastu kena sapu vick kat dada takut demam, pastu kena pakai lips bam, kena pakai macam2 lh, dah tu bila nak keluar rumah kena pakai jaket, sarung tangan, mafla, snow cap dan macam2 lagi, hi… boring…. Boring….. tapi kadang2 tu rasa seronok juga bila tengok salji turun, sedap mata memandang pabila titisan hujan tetiba bertukar menjadi butiran putih dan melayang2 di udara jatuh menyelimuti permukaan bumi lalu warna bumi yang asal nya buruk berubah menjadi putih bersih menghasilkan pemandangan yang indah bagaikan apungan awan di udara, tenang mata memandang. Pabila malam menjelma dengan sinaran sang rembulan purnama, bumi seakan2 bercahaya dengan simbahan cahayanya ke atas butiran salji putih bersih. Alangkah indahnya ciptaan tuhan…. Masya Allah….
Tikus Hasnaa tinggai satu, yg satu lg dia tauk mana dak tau, bila nak pakai jenuh mencari..
Aku penah tengok seorang sahabat aku terkena sakit romatizem, betui ke dak ejaan aku ni tak tau lah, puncanya sebab tak jaga betui2 la masa musim sejuk ni. tau penyakit tu? alah…penyakit mcm gout jugak, kira adik beradik gout la, penyakit ni selalunya menyerang sendi2 manusia, dan yg paling suka dia cari ialah buku lali dan lulut, kalau terkena penyakit ni, tak tau nak habaq la, hanya tuhan yg tahu, sakit sungguh, penah kena gout? Ha.. mcm tu lah sakit dia, aku tengok kawan aku yg kena penyakit tu sadis sungguh, menyuloq atas lantai tak boleh nak berjalan, nak pi bilik ayaq kena orang dukong, silap tersentuh sikit mengaduh tak mau-mau. Kesian sungguh aku tengok, dan sakit dia memang sakit sungguh, aku dulu pun penah kena gout tujuh bulan lepas, sakit tak tau nak habaq, tengah dok lena sedap2 tetiba terjaga sebab beralih sikit ja, gout tu bukan serang lutut atau buku lali aku pun, kat ibu jari kaki ja, sikit ja, tu pun menyuloq jugak. Kekadang nak pi minum ayaq di dapoq pun kena pakai tungkat, mujoq la tungkat S.S. Dato Sri Harussani ada, guna tongkat tu la nak berjalan. Terima kasih Dato Sri hadiahkan tongkat tu kat saya. Asykuria.. asykuria..
Bila di fikir2kan balik semua yang berlaku ni pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya, hanya jangkauan pemikiran kita yang terbatas dek kekurangn akal dan ilmu, mana mungkin mizan emas menimbang sekoq lembu yg beratnya berkilo-kilo...
Wallahu a’lam.....
mmm.... borak dah panjang, mata dh mengantuk..... esok sambung lagi...
wassalam..
14012009/01:21
Damascus, Syria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan