24 Februari 2009

GAMBAR SEKITAR DAMASCUS 2



Dataran istana singgah raja Zahir Bebras salah seorang raja kerajaan Mamalik yang dapat menyekat kemaraan tentera Mongol dari meratah dunia arab.


Istana raja Zahir Bebras.


Buah Zaitun.


Ditengah Bandar Damascus.


Bandar Damascus di waktu malam.







Bandar Damascus adalah Bandar tua yang tidak pernah sunyi dari keserabutan hidup.


Syari Hamra, Salahiyyah.


Pemandangan Makam Arbaian dari kaki bukit Qasiyun.


Diceritakan oleh penjaga makam arbain, ini adalah kesan tapak tangan Jibril menahan bukit dari menghempap Qabil setelah dia membunuh saudaranya Habil demi merebut pasangan cantik untuk dijadikan Isteri.


Pintu wali 40. dahulunya disini terdapat pintu besar, tetapi kini ditutup oleh kementerian wakaf kerana ramai pengunjung mengambil serpihan batu dari bahagian dalam. Kementerian wakaf hanya meninggalkan tiga lubang sebagai ganti pintu tersebut.


Pintu wali 40 di bahagian dalam.


Jika diperhatikan betul-betul gua kecil ini seakan menyerupai mulut yang mempunyai lidah dan gigi graham, diceritakan bahwa mulut ini terjadi setelah melihat pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi ini di antara Habil dan Qabil anak nabi Adam a.s.


Pintu 40 wali dan mulut gua.


Tapak tangan Jibril.




Mehrab makam arbain, disebutkan bahawa disini tempat para wali 40 selalu bertemu dan berijtima’.
Mehrab hijau ini berjumlah 40.




Lembah Bandar Damascus ini meyaksikan peristiwa qorban yang dilakukan oleh dua beradik Habil Dan Qabil bagi merebut pasangan cantik Kalima. Namum Allah memilih ternakan Habil lantaran keikhlasannya dalam melaksanakan perintah Allah.




Pemandangan Bandar Damscus dari bukit Qasiyun.








Abu Nur, tempat tumpuan pelajar Malaysia mencari ilmu di bumi Syam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan