Makam sahabat nabi Abu Darda r.a.
Makam Muawiyah Bin Abi Sufyan pengasas dan khalifah pertama kerajaan Amawi yang berpusat di Damsyik (Damascus).
Disekitar kawasan perkuburan ini (Bab Saghir) terdapat tidak kurang dari 200 orang sahabat nabi Muhammad s.a.w dimakamkan di kawasan ini.
Makam salah seorang isteri nabi Muhammad s.a.w - Ummu Salamah.
Makam muezzin nabi Muhammad s.a.w yang dikenali dengan Abdullah Ibnu Ummi Maktum, kisah beliau dirakamkan di dalam al quran ketika Allah s.w.t menegur nabi Muhammad s.a.w kerana tidak mengendahkan kedatangan sahabat ini. Malahan nabi bermasam muka dan berpaling dari beliau kerana baginda sibuk dengan pembesar Quraisyh yang datang bertemu baginda nabi. - Rujuk surah Abasa.
Kesan kota kubu Damascus yang masih kekal.
Lukisan dinding di masjid Umawi. Lukisan ini dihasilkan dengan susunan kepinagn kecil mosaic dan warna keemasan akan terserlah apabila cahaya dipantulkan ke arahnya.
Disebut dalam sejarah asal masjid ini adalah kuil bagi tuhan Jupiter oleh bangsa Aramaik.
Kemudian setelah kerajaan Rom mengambil alih kuasa pemerintahan di Damascus, mereka menukarkan fungsi kuil tersebut kepada gereja.
Setelah kerajaan Islam berjaya menakluki Damascus sekitar tahun 630 masihi di bawah pimpinan Saidina Umar Al Khattab, beliau menjadikan sebahagian tempat ini sebagai masjid dan masjid itu kekal hingga ke hari ini.
Di era kegemilangan pemerintahan kerajaan Umawi mereka menjadikan bahagian dataran luar masjid sebagai pusat khidmat masyarakat, segalanya berpejabat disini.
Dataran ini juga menjadi tempat latihan untuk berperang seperti bermain pedang dan memanah.
Menara Isa juga disebut Menara Putih sepertimana yang disebut dalam hadis nabi bahawa nabi Isa akan turun di satu menara di kota Damascus dan menara tersebut dinamai dengan menara Putih. – rujuk Sahih Muslim.
Menara Arus, menara ini adalah harga sebuah mahar dari seorang hartawan yang ingin mengahwini seorang wanita jelita di kota Damascus.
Jam matahari yang terdapat di salah satu tiang di masjid Umawi.
Pemandangan dewan solat masjid Umawi.
Makam nabi Yahya a.s di tengah dewan solat masjid Umawi, hanya kepala dimakamkan disini tanpa jasadnya.
Baitul mal, tempat simpanan harta kerajaan yang masih kukuh dan berada di bahagian dataran masjid Umawi.
Dataran masjid Umawi.
28 Februari 2009
GAMBAR SEKITAR DAMASCUS - 3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan