25 Disember 2009

Kisah musim sejuk 2009

Khamis 19.2.2009 : seperti kebiasaanya aku bawa keluarga ku bersiar-siar di bandar Damasyik, tiada tempat menarik bagi ku kecuali aku bawa mereka bersiar-siar di Syari' Hamra kerana di situ ada dataran untuk anak ku Hasnaa berlari-lari di situ, di samping pokok-pokok yang banyak di situ dapat memberi udara nyaman bagi aku dan keluarga.
Di Sahah Arnus ini aku dapat rasa tenang dan bebas sambil melihat gelagat manusia di sekeliling sambil makan kek dan halabiyah yang aku beli dari kedai kek Leewan. sedap jugak kek tu.
Setelah selesai solat maghrib dekat jami di Sahah Arnus, aku dan keluarga berjalan pulang. Dalam perjalanan isteri aku cadangkan untuk makan malam di restoran Pizza A&M, memang tempat ni selalu aku kunjung, semasa mak aku kat sini, tempat ini lah yang selalu aku bawa bila dah boring duduk kat rumah.
Dari Sahah Arnus kami berjalan kaki melalui Maliyah terus ke Sahah Shahbandar dan melalui jalan Jami Kuwaity. Setelah 20 minit, kami sampai di tempat yang di tuju - Pizza A&M, tapi meja kebanyakkanya penuh, yang ada hanya satu meja terbentang di tengah-tengah ruang restoran, malas aku nak makan sambil orang sekeliling perati, aku ambil keputusan lepak dulu di Hadiqah Sahah Meisat. lepas 30 minit lepak di situ. aku bergerak semula ke Pizza A&M, Alhamdulillah ada meja kosong.
Setelah selesai makan aku pesan Cappucino sebagai penamat makan malam kat situ, sedang sedap menikmati Cappucino tetiba Hasnaa anak sulung aku muntah, segala yang isteri aku suap tadi habis keluar, baju cantik yang aku sarungkan sebelum turun tadi habis comot dan kotor, aku tengok Hasnaa lemah dan mata layu. Panik juga aku, mana tak nya, tengah orang ramai dalam restoran tu, semua memandang ke arah kami, aku cuba tenangkan hati, aku paksa otak aku bekerja keras apa yang patut aku lakukan sekarang. Sambil tenangkan hati, aku cuba susun apa yang patut aku lakukan terlebih dahulu. Aku minta beg plastik dari pelayan kemudian aku bawa Hasnaa ke tandas dan aku salin baju dia. Dan aku biar kan dia tanpa jaket, tapi baju tetap tebal. Alhamdulillah berjalan lancar.
Setelah selesai minum kopi, aku terus berjalan balik ke rumah melalui Abu Nur, dalam perjalanan terkadang Hasnaa menangis, mungkin kurang selesa dengan keadaan semasa, mungkin sejuk atau mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia selalu merengek. Aku pun tak tau apa yang sebenarnya yang Hasnaa nak. Segala kehendaknya aku turutkan berdasarkan andaian semata.
Sampai sahaja di rumah Hasnaa tetap dengan keadaan tadi, riak ceria di wajahnya yang selalu ku tatap sebelum ini masih belum terzahir di mukanya. Aku masih meneka apakah puncanya Hasnaa berlaku sedimikian. Bila tiba jam 1 pagi Hasnaa terjaga dan menangis sekuat hati, sayu aku melihat keadaannya. Setelah aku belai dan aku pujuk diam dia seketika sehinggalah jam 4 pagi baru Hasnaa tidur dengan nyenyak. Aku masih meneka apakah punca Hasnaa berfeel begitu. Sepanjag setahun 4 bulan belum pernah Hasnaa macam ni.
Jam 5 pagi kedengaran azan subuh medayu-dayu dari Jami Bouty, aku bingkas bangun dan sambil mengusap kepala Hasnaa yang nyenyak tidur. Seribu satu persoalan timbul dalam benak ku mencari jawapan pasti kepada punca sebenar masaalah yang menimpa Hasnaa. Bila siang menjelama aku tengok Hasnaa tetap masih layu dan longlai tak bermaya. Ceria di wajahnya tetap belum menjelma, terkadang dia tersenyum dan ingin ketawa tetapi tawanya sumbang tidak seperti biasa, aku dapat rasakan senyuman nya itu seakan-akan dipaksa hanya untuk menenangkan hatiku yang resah memikir tentang Hasnaa.

27 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
MAAF ZAHIR BATIN

DARI KAMI UNTUK SEMUA
NOR ASHAN
NUR SAADAH
HASNAA FATHINAH
MOHD MUAZ

19 November 2009

Dari Damascus ke Baling

Gambar aku dan family saat ketika meninggalkan bumi Syam Syria pada 28 September 2009 menuju ke tanah air tercinta bumi Baling, Kedah, Malaysia.
Ketibaan ku ke bumi Baling disambut meriah oleh kaum keluarga ku serta anak-anak saudara ku.
Terima kasih untuk bonda tercinta Hjh. Rahmah, Kak Long sekeluarga, Kak Ngah sekeluarga, Abg Mie Sekeluarga, Abg Gie sekeluarga, Kak Chik Sekeluarga dan Irah sekeluarga.
Terima kasih kerana menghadiahkan kek istimewa.

17 November 2009

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK IBU

Sambut birthday kat Syria.





Roman Amphitheater, Busra, Syria.

Gereja Rahib Bahira yang memberitakan tentang kenabian baginda rasul Muhammad s.a.w di Busra, Syria.

Makan-makan kat restoran Syria.


Di Bukit Qasiyun, Syria.




LAGU UNTUK IBU
Ibu bergenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu
Tulusnya kasih yang engkau hamparkan bagaikan laut yag tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu dari kecil hingga dewasa
Hidup mu kau korbankan biar pun dirimu yang telah terkorban
tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga tuhan memberkati kehidupan mu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku andainya pernah menghiris hati mu
Restu mu yang amat aku harapkan kerana di situ letak syurga ku
Tabahnya kau melayani kenalan anak mu mengajar ku erti kesabaran
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai itulah harta yang kau berikan
Ibu dengarlah rintih hati ku untuk mu ibu

Kasihanilah tuhan ibu yang telah melahirkan diri ku
bagai kan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dn di akhirat sana

29 Oktober 2009

Hari raya di Damascus

Beraya di Kedutaan Besar Malaysia Syria.

Hasnaa Fathinah bersama Pak Su


Bersama Abg Azmil Mustafa


Kawan-kawan datang ziarah ke rumah.


Beraya di rumah Villa Al Bouty

28 September 2009

Mula aku sampai dulu

Boring, bosan, tak ketahuan, semua nya ada, mujurlah ada satellite, kurang2nya tak lah terasa sunyi sangat, kebetulan hari line telepon terputus kat rumah aku, hari tu juga Basil bawa tv ke rumah aku, ok lah sikit.
Memang rancangan di satellite tu 24 jam dan ada lebih dari 800 chanel, tapi dah memang aku ni bukan kaki tengok tv jadi walaupun banyak chanel bagi aku tiada apa2.
800 chanel tu hanya untuk satellite nilesat saja, kalau pasang satu lagi jarum kat piring atas bumbung mungkin boleh dapat sampai 1000 lebih chanel dan semua nya free, nak tambah lagi chanel pon boleh tapi kena topup lah 1000 Lera, boleh tengok chanel sport tambahan.
Aku ni bukan lah tau sangat bab satellite ni, dulu penah lah tengok member dok kerosek tentang satellite ni masa aku bujang dulu, aku tengok gitu2 ja sebab aku ni malas sikit nak ambil kisah tentang satellite, aku kalau ada filem best dan ada berita2 yang hangat aku tengok lah, yang tu pun hanya 3 atau 4 channel ja, yang lain tu aku tak berapa minat sangat.
Bagi aku diantara internet dan satellite aku pilih satellite lagi sebab aku rasakan internet boleh bagi maklumat yang lebih kat aku, apa yang aku nak senang dapat, kalau satellite setakat aku boleh tercokoh saja depan tv, kalau nak apa2 kena cari di channel lain, berbanding dengan internet, aku boleh buat banyak kerja, cari maklumat, tambah maklumat, jengok sana, jengok sini, baca berita Malaysia, Syria, dunia dan banyak lagi.
Bila aku on ja internet mesti aku akan buka web cuaca Syria, berita Malaysia dan dunia sambil2 tu jengok juga blog aku, blog Kedah dan blog PMTIS sambil lawat blog kawan2. Dan aku dapat rasakan masa aku kebanyakkannya habis di depan komputer, sebab tu lah aku terasa boring sangat2 bila internet tak ada di rumah.
Nak menyangkul kat Syria ni memang payah, bukan payah sebab tak ada tanah tapi sebab benda tu tak penah di buat budak Malaysia kat sini, kalau aku buat nanti takut Baladiah (bandaran) mai Tanya aku buat pa, tak ke naya namanya tu, silap hari bulan polis pun boleh mai rumah aku bila dia syak aku tanam apa2 kat sini, tak ka cari maru namanya tu.
Mula aku sampai Syria dulu pada akhir tahun 2000 bulan 9 aku terus menetap di apartment dan rumah aku di tingkat tiga di kawasan Zahirah Jadidah, tingkap dapur rumah aku menghala ke sebuah ladang sayuran, setiap pagi aku dok melengung ja kat beranda dapur tengok orang dok menyangkul tanah, terasa dalam hati waktu tu alangkah best nya kalau aku dok bekerja sama2 dengan depa dok main tanah, cangkul sana cangkul sini sambil buat riadhah keluarkan peluh, alangkah seronoknya bila aku dapat penaik batas untuk tanam sayur kemudian buat para rendah atas batas tu supaya mudah untuk aku santau dengan pokok kayu supaya biji benih yang aku tabor tak terkena cahaya matahari yang terlalu panas dan juga sebagai pelingdung dari burung2 supaya tak makan biji benih aku.
Tiba2 Hamim kawan serumah aku mai tepuk belakang aku dan aku terkejut dan terus hilang lamunan aku dan aku pun kembali ke alam reality bahawa aku lani kat Syria, bukan nya kampong Landak.
Semua cerita tu lapan tahun yang lalu sewaktu aku masih tak tau lagi selok belok tentang Syria. Kini aku dah dapat atur rentak perjalanan aku. Aku dapat gantikan cangkul, tanah, sayur, parang dan segala2nya yang bersangkutan dengan pertanian dengan laptop dan komputer.

25 September 2009

Diantara rindu Malaysia dan cinta Syria

Terasa hati ini sangat syahdu dan teramat sedih bila mana memikir tarikh 28 September Isnin yang bakal muncul tidak lama lagi. Pada hari tersebut akan aku tinggalkan segala kenangan pahit manis sepanjang berada di bumi barakah, bumi anbiya, bumi syam.
Teramat syahdu bercampur sayu bila mana segala kehidupan aku perlu di ubah bagi menyesuaikan diri dengan tempat yang aku kira menjadi baru semula iaitu bumi Malaysia yang ki tinggalkan semenjak 29 September 2000 lepas.

Selepas 28 September nanti tiada lagi kedengan laungan Ammu penjual gas, tiada lagi pekikan Muallim pengangkut barang terpakai dari rumah-rumah, tiada lagi lolongan Ammu Abu Salim menjaja jagung rebus di senjang lorong-lorong sempit di kawasan perumahan Ruknuddin, tiada lagi laungan azan Abu Abduh dari Jami’ Bouty yang diselangi dengan batuk tuanya melepaskan kahak di kerengkong dan dendangan selawat memuji nabi sebelum azan subuh.
Tiada lagi sapaan salam dan doa kesejahteraan para penghuni lorong-lorong rumah arab membalas salam ku sambil mendoakan Allah yazidkal khair (moga Allah tambah kebaikan untuk mu) selepas pertemuan. Tiada lagi makian arab Allah Yahdik (moga Allah memberi petunjuk pada mu) pada orang yang menyakiti hati mereka.
Semua nya akan menjadi kenangan abadi yang tak bisa dilupakan walau di telan zaman.

Selepas 28 September nanti tiada lagi ruang untuk ku bersiar di taman syurga yang penuh barakah disamping mengutip mutiara ilmu yang jatuh dari mulut para masyayikh di bumi syam ini. Tiada lagi. Tiada lagi. Syekh Said Ramadhan Al Bouty, Dr. Wahbah Azzuhaily, Syekh Husamuddin Farfur, Syekh Ratib Nabulsi, Syaikh Naim Iraqsusi, Syekh Rushsdi Al Qalam, Syekh Sariah Arrifaie, Syekh Usamah Arrifaie, Syekh Abdul Fatah Bazam dan ramai lagi para masyayikh disini, semua nya akan menjadi ingatanku yang kekal abadi dan kenangan manis sepanjang aku berada di Syria ini selama sembilan tahun lamanya. Segala curahann ilmu, pesanan dan tunjuk ajar yang dibekalkan kalian terhadap diri ku ini akan aku gunakan bagi menambah amalan ku dan aku gunakan bagi menyambung rantaian perjuangan para nabi dan rasul Allah dalam menegakkan agama suci dinul Islam dia atas muka bumi ini. Hanya doa restu dan keizinan kalian lah yang akan menguatkan semangat ku untuk meneruskan segala amal bakti ini.
Ya Allah kuatkan lah hati ku, tetapkanlah iman ku terhadap Mu.

Selepas 28 September nanti kehidupan ku pasti akan berubah, suasana persekitaran, udara, pergaulan, aktiviti social semua nya akan menjadikan diri aku perak dan kekok untuk mengharunginya buat pertama kali. Pasti keadaan di Malaysia telah banyak berubah dengan penduduknya yang semakin bertambah yang akan menatijahkan karenah manusia yang pelbagai.

Kaum keluarga ku juga pasti telah mengalami hukum alam, ada yang baru dilahirkan dan pasti ramai juga yang telah pergi menemui Rabbul Izzati. Ada yang dah besar panjang dan ada juga yang baru mula bertatih mengharungi alam yang penuh dengan segala macam seribu satu masaalah dan karenah.

Apa yang pasti bumi Malaysia tetap menjadi pujaan hatiku dan tempat tumpah nya darahku.